Posted on Monday, February 23, 2009

Tips untuk Lelaki: Bagaimana membuat wanita idaman anda terpaut


Tidak dinafikan bila bercakap tentang hubungan lelaki dan wanita, kebanyakan wanita akan beranggapan yang lelaki hanya berminat untuk bermesra-mesraan sahaja.

Ramai lelaki sebenarnya turut mencari sesuatu yang wanita turut inginkan iaitu perhubungan yang stabil, setia dan berpanjangan Tetapi tidak mudah untuk mencari pasangan yang sanggup memberi komitmen yang tidak berbelah bagi dalam perhubungan.

Jadi, Jika inginkan wanita idaman anda jatuh cinta dan penuh komitmen, anda perlu memahami mereka dan ketahui penampilan dan elemen diri yang mereka idamkan, antaranya:

Kejujuran. Wanita sangat kritikal tentang kejujuran. Mereka anda hilang minat pada anda jika anda didapati tidak jujur. Jangan berselindung atau menyembunyikan apa-apa darinya . Jika ini diterapkan anda akan disayangi tanpa kompromi.

Kesetiaan. Jika anda meluangkan masa dengannya, buat dia rasa yang dia saja yang penting bagi anda dikala itu. Wanita sememangnya sangat suka dilayani seolah mereka sahaja yang paling berharga di dunia ini. Jika anda berjaya membuat wanita berasa sedemikian, anda sudah mempunyai kunci untuk untuk membuatkan dia jatuh cinta pada anda. Jika anda sibuk dan tiada masa untuk diluangkan dengannya atau fikiran anda melayang memikirkan hal lain semasa bersamanya, dia akan berasa kecewa dan tidak dihargai dan seterusnya membuatkan dia berfikir dua kali untuk bersama anda. So elakan dari terlibat dengan elemen yang boleh mengganggu semasa bersamanya. Jika wanita merasa dialah yang paling penting bagi anda, dia akan mula melayani anda seolah andalah yang paling penting di dalam dunia ini baginya.

Penghargaan.Hargai dirinya walaupun seremeh mana effort yang anda perlu tunjukkan. Ini tidak bermakna anda hanya perlu membelanjakan wang untuk membeli hadiah atau bunga sepanjang masa. Hargai wanita dalam hal remeh seperti membuka pintu kereta atau memasak untuk mereka atau bermesra dengan keluarga mereka atau hanya hal kecil seperti bermain dengan kucing mereka. Dengan kata lain, jangan terlepas pandang hal-hal yang anda anggap remeh. Kita tidak tahun mungkin salah satu tindakan remeh yang kita lakukan boleh memberi impak besar ke atas perasaan dia pada anda.

Tips di atas hanyalah antara contoh yang pada saya penting. Tidak semestinya akan berkesan kerana setiap wanita berlainan cara, berlainan kehendak dan keinginan. Yang penting hormatilah mereka dan layanilah mereka sebaiknya sepertimana anda mahu mereka melayani anda.

Banyak lagi yang anda boleh lakukan untuk menawan hati wanita. Jika anda yakin anda telah temui wanita yang anda idam-idamkan, lakukanlah terbaik. Don't worry, kalau memang sudah ada jodoh tak akan ke mana...

note: entry ini aku telah siapkan 4 hari yang lepas tetapi put on hold due to my father's illness.


0 Responses to Tips untuk Lelaki: Bagaimana membuat wanita idaman anda terpaut