Aku notice dalam 2-3 hari ni ada gadis-gadis yang aku kenali sangat mendambakan cinta dari lelaki idaman mereka. Biasalah mereka pun baru melangkah dari alam remaja ke awal kedewasaan, sudah tentu sudah timbul keinginan untuk mencinta dan dicintai.
Mereka sudah mempunyai lelaki idaman dan amat menyukai si lelaki itu tetapi ofcourse agak segan untuk memperlihatkan seolah 'perigi mencari timba' dan tidak pasti samaada lelaki tersebut betul-betul serius menyukainya. Dengan erti kata lain mereka mengharapkan lelaki itu fahami perasaan mereka dan seterusnya membalas cinta.
Mereka telah memberi aku inspirasi untuk berkongsi 3 pesanan/tips utama untuk gadis-gadis yang dambakan cinta. Ini dari pengalaman aku sendiri yang belum terbuka hati untuk bercinta lagi tetapi kerapkali di push oleh seorang gadis yang sama tempat kerja yang terlalu mengharap aku membalas cintanya.
1. Jangan tunjuk reaksi terlalu desperate.
- Lelaki walaupun ada hati pada pada seseorang gadis tu dia selalunya akan freak out sekiranya gadis tu yang menggatal try to hit on him or perigi mencari timba. Dari suka terus dia akan turn off. Ada lelaki yang mungkin melayan tapi selalunya nak ambil kesempatan. Habis manis sepah dibuang. So kawal perasaan anda.
2. Jangan terlalu mengharap cintanya.
- Kadang-kadang lelaki bila dia rapat dengan seseorang gadis tu tak bermakna dia akan jadikan anda sebagai kekasih. Mungkin dia hanya anggap anda sebagai adik angkat atau kawan baik. So try to clear your mind, jangan mudah rasa berbunga jika dia tunjuk attention pada anda. Jika dia suka anda dia akan mulakan. Redha pada takdir dan jodoh. Jika ada jodoh anda berdua..syukur. Jika tidak just remain as friends.
Jika anda terlalu mengharap anda akan kecewa dan trauma bila suatu hari dia memberitahu anda dia sudah ada teman istimewa. Akibat dari perasaan kecewa tersebut anda cuba menghindari dia atau timbul konflik yang mana akan memusnahkan persabahatan yang telah terjalin.
3. Beri hint anda memang mengambil berat padanya.
- Not to be confused with tips 1 dan 2 di atas. Memberi hint tidak bermakna anda mengharap atau desperate. Hint dalam konteks ini bermaksud jika anda memang ada perasaan sayang pada si dia tunjukla yang anda mengambil berat padanya tapi jangan terlalu over. Cukup untuk lihat apa reaksinya. Jika dia pun ada hati pada anda pasti dia akan luahkan. Jika tidak, don't push him. Mungkin dia ada hati tapi belum bersedia ada komitmen dengan anda..so sabar,clear your mind and belive in ketentuan dan takdir Ilahi.
Tetapi kalau boleh, jika anda baru diusia remaja atau pra dewasa, bersabarlah. Tumpukan dahulu pada komitmen lain yang lebih penting dalam hidup anda seperti melanjutkan pelajaran atau membina kerjaya. Jika sudah stabil dalam hidup dan anda sudah capai semua impian hidup anda barulah fokus pada cinta dan jodoh.
Panjang lagi perjalanan hidup anda. Mungkin juga semasa dalam melanjutkan pelajaran anda akan temui orang lain yang lebih baik dan lebih menghargai anda. Tetapi..terus beringat kerana tidak ramai mempunyai kekuatan emosi untuk multi-task antara pelajaran dan cinta. Selami diri anda adakah anda mampu mengambil risiko itu...?
February 16, 2009 at 6:26 PM
February 16, 2009 at 6:58 PM
February 16, 2009 at 7:17 PM