Posted on Friday, January 30, 2009

Testimoni Buat Atie Kita & My Worse Fear


Mungkin ramai yg telah mengenali gadis ceria ini. Siti Fatimah bt Shoib atau lebih dikenali dengan nama manjanya Atie. Beliau telah ku anggap sahabat dan adik online ku. Ya kami tidak pernah ketemu. Aku yang acapkali mengelak untuk bertemu. Bukan apa.. masih belum bersedia. Mungkin aku tidak mahu the beautiful friendship end selepas bertemu nanti. Semua ini berkaitan dengan personalitinya juga..di perenggan-perengan bawah nanti akanku jelaskan dengan lanjut.

Aku mula laid eyes on her pada 30 August 2006 ketika melayari Myspace profile Shaz yang pada ketika itu merupakan finalist AF4. Entah mengapa aku berasa begitu ceria melihat komen-komen beliau dalam profile itu. Lalu ku skodeng profilenya.. begitu meriah sekali dan sungguh kanak-kanak riang lagaknya hehe. Lalu tercetus di minda nakalku untuk pull a prank on her. Masa itu aku tidak terfikir sama sekali untuk mengenali lebih lanjut. Iyelah “dia ramai rakan-rakan selebriti tentu tidak mahu berkawan dengan orang kebanyakan sepertiku”,cetus mindaku.

Dalam profil myspacenya lengkap segala info peribadi termasuk nombor telefon bimbitnya. Aku terus Sms ke nombornya, berlakon seolah-olah sms tersebut untuk sahabatku Adie. Tidak silap aku sms itu berbunyi “yo Adie ape plan malam malam ni?”.Tak berapa lama kemudia Atie membalasnya seperti kaget dengan sms tersebut. Aku pun membalas seolah-olah tersilap nombor lalu meminta maaf. Sangkaku ia hanya berakhir di situ saja sebab aku berasa agak bersalah juga mempermainkannya sebegitu.

Tidak sangka pula sejak itu kami terus berhubung melalui sms. Hari berganti bulan berganti tahun sehingga kini tiga tahun aku merahsiakan dari nya. Harap penjelasan ini tidak menjejaskan hubungan persahatan kami yang telah terjalin semenjak 3 tahun lepas.

Aku rasa selesa mengenali cuma melalui online disebabkan melalui pengalaman aku dan pengamatan aku pada konflik perhubungannya dengan sahabat lelaki yg dikenalinya diluar. Aku tidak mahu hanya menjadi salah satu fasa dalam hidupnya. Aku tidak mahu beautiful friendship ini berakhir. Over the years aku telah melihat dia sedih dan ceria, cuba member nasihat dan pandangan semampu aku untuk dia overcome permasaalahannya. Aku turut enjoy bergosip dan mengumpat bersamanya. Dengan erti kata lain aku selalu on her side.

Sifat Atie adalah opposite bagi sifatku atau dengan kata lain dia adalah semua yang aku bukan. Mungkin sebab itu aku click dengan dia dan tidak mudah annoy. Seperti negatif dan positif. Pada teori aku jika semua manusia mempunya sifat yang sama tentu bosan kan.. ya mungkin pada mulanya sesorang itu akan berasa suka jika sahabatnya sehati sejiwa tapi lama kelamaan kebosanan akan melanda disebabkan tiada variasi yang berlainan untuk mewarnai persahabatan itu.

Over the years juga aku telah faham benar sifatnya yang agak obsesi pada lelaki terutama selebriti . Mungkin sebab itu aku tidak mudah terasa hati bila dia tiba-tiba dingin disebabkan terkesima dengan sesorang yg baru dikenalinya. Aku tetap setia menjadi sahabatnya di sebalik tabir gelap, sedia menanti jika dia ada secebis mood untuk berkongsi denganku. Aku terus dengan ikhlas melayaninya tanpa rasa sekelumit dendam akibat melupakanku seketika. Terus memberinya harapan positif jika dia mengalami depresi akibat konflik peribadi.

Hati kecil ku sedar dia sedang blossom dari remaja ke pra dewasa, banyak lagi keinginan naluri untuk mencuba dan mengenali hidup. Padaku dia mempunyai sifat yang cepat cair. Pada sesiapa yang tidak mengenalinya dengan mendalam mungkin akan berfikir negatif padanya atau mungkin langsung cemburu pada obsesinya. Walaupun begitu dia bukanlah cepat lupa kawan, Cuma caught up dengan obsesi dikala itu, jadi semua konsentrasinya disalurkan ke arah obsesi semasanya. Jadi, jika ada di situasi tersebut jangan mudah terasa, jangan risau dia masih sahabat setia anda, dia tidak mungkin akan lari atau menghindari anda. Cuma agak dingin tapi masih rakan anda yang sedia melayani anda jika anda mulakan dahulu. Apabila fasanya berlalu dia akan menjadi Atie anda kembali, don’t worry.

My Worse Fear

Baru-baru ni aku dikejutkan dengan kembalinya ke rahmatullah bapa beliau. Aku amat tersentuh dengan takdir ini walaupun aku tidak tegas menunjuk secara ekstrim simpatiku. Namun Tuhan saja yang tahu ketika itu perasaan aku. Untuk pengetahuan semua aku sekarang berada di hometown aku di Perak disebabkan oleh bapaku yang agak kurang sihat. Aku korbannya segalanya untuk dekat bersamanya. Umurnya juga sudah lanjut jadi aku agak risau berjauhan..aku takut jika aku tidak berkesempatan...Terlalu banyak pengorbanannya yang aku masih belum berkesempatan membalasnya. Please God give us more time!

Mungkin bilamana sahabat kita kehilangan sesorang dalam keluarga mereka, kita akan berdegar-degar memberi semangat dan harapan agar dia feel better tapi kita tidak tahu jika situasi sama melanda kita apa akan terjadi? Kita mungkin tidak mampu untuk menasihati atau memberi kekuatan pada diri sendiri dan masih memerlukan orang lain utk member kita secebis harapan. Ini ada salah satu mimpi ngeri aku setiap kali aku menerima khabar orang yang ku kenali kehilangan orang tua mereka. Sesungguhnya aku akui aku belum bersedia menerima hakikat itu. Setiap malam semasa sedang online aku trauma bila terdengar keluhan nafas seksa dari bapaku, beliau sudah susah melelapkan mata disebabkan kesukaran bernafas. Kadangkala aku cuba buang kerisauan dengan memakain headfon dan memasang lagu untuk menenggelamkan bunyi itu yang bisa membisakan jiwa aku. Bukan sebab aku membenci atau tidak endah tapi aku mahu merasa secebis ketenangan minda dan hati dari berfikir yang bukan-bukan.

Kembali pada Atie kita. Dia masih tidak percaya aku adalah aku. Masih menganggap aku menyamar dan mungkin salah seorang rakan selebriti pujaannya. Salah aku juga kerana kerap berselindung dan berahsia.Hehe Atie.. Sorry to say aku bukan Fahrin Ahmadmu. Aku tidak semacho atau setampan Fahrin Ahmad atau Fairuz Apai tapi aku tetap menjadi sahabat dan abang gelapmu sampai bila-bila. Di kala ceria, di kala duka aku tetap di sini untukmu. Just be yourself Atie, Don’t change what or who you are. Sesiapa yang tidak memahamimu bukanlah sahabat sejatimu sebab mereka tidak mampu mengenalimu beyond the surface.

All the best for your future undertakings... remember choose the path wisely. Jangan muda khayal dengan cinta yang belum tentu ada pulangannya.. Atie masih muda, ceritamu baru saja bermula, banyak lagi pengalaman yang akan kamu tempuhi dalam hidup. Jangan muda alpa.

p.s sesiapa ingin mengenali Atie sila ke blog beliau di SINI.

8 Responses to Testimoni Buat Atie Kita & My Worse Fear

  1. Adinda Atie
    January 30, 2009 at 1:44 PM
    jeng jeng..
    dh agak dh..
    cme psal no dkt page tu
    i x brapa nk pasti
    ada ke?
    hahahaha!!
    bocor segala rahsia i
    bkn rahsia u yg bocor
    tp u dh mbocorkan rahsia i
    wkakakaa...
    ape ek i nk ckp?
    act i sdirik xkenal diri i
    n thanx sbb u lebih kenal diri i
    melebihi diri i n kwn2 i yg lain..

    ps : chuntek gile mke i..wkakaka
  2. Corey
    January 30, 2009 at 2:24 PM
    no problemo.
    hehe bukan bocor tapi membuka diri i and diri u juga agar semua dapat memahami.

    mestila ada no u. kalau x dari mana i dapat ur no hehe
  3. Madkin's Babyy
    January 30, 2009 at 3:09 PM
    atie fofular ?

    kui kui kui ;DD
  4. Mrs.KrayZey BrokenEmpty Heart
    January 30, 2009 at 6:45 PM
    omg!!
    that is like ssoooooo sweett!!
    hahaha tie mu kini fofular!!!
  5. Anis Hayati
    January 30, 2009 at 7:26 PM
    Atie...yeap! it's true
    atie ni mmg best kwn dgn dia
    x sombong & sudi kwn dgn sape pon..
    seronok dpt knl dgn atie kan??
    bersyukur dpt kwn dgn dia.. =)
  6. Adinda Atie
    January 31, 2009 at 9:49 AM
    hahahhahhahahahahahh minah saleh tcelup

    nk wat gano lg..pake real pasti kena marahh..ahahaha
  7. Corey
    January 31, 2009 at 12:22 PM
    Ms Tukang Gempaq - Thanks.yea dia dah fofular tahap artis dah.

    Anis - Yeah it's true. we all r blessed.

    Atie - ekeke pake je.. dah celup blonde nnt mak nak marah pun x gune bkn leh sental buang camtu je hehe lainla dia suruh cukur abis :P
  8. Adinda Atie
    February 1, 2009 at 3:17 PM
    u tlg r carik pic yg agak perfect then edit kasik perfect..klu ada rambut style arwah akak i tu..tettttttttttt