Posted on Friday, January 30, 2009

Not Again...


Pagi tadi dalam 3am sekali lagi aku mengalami kejutan. Adik angkat aku, Haziq dari Johor yang ku kenali sejak dia pra remaja lagi telah menegurku dalam ym dan memberitahuku yang dia turut akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Dia juga baru berumur 21 tahun seperti adik angkatku yang aku ceritakan dalam post yg lepas.

Aku turut cuak bila dia dengan nada tegas mahu aku datang juga tidak boleh tidak ke majlis perkahwinannya. Katanya dia tidak akan teruskan jika aku tak datang.
Aku cukup terharu bila dia berkata begitu. Tak sangka masih ada yang mengenang dan hargai aku.

Mungkin apa yang aku alami ini satu simptom Inferiority Complex. Aku rasa segan melihat dia di atas pelamin tapi aku yang tua ni masih solo. Aku melihat mereka semua membesar, fall in love, broken hearted and now getting married. Sekali lagi aku mengalami time lag.

Memang aku tak bersedia. Aku malu muncul dengan tiada teman hidup dan terpaksa melayan soalan-soalan seperti "bila nak kahwin" atau "dah kahwin ke belum?".

Aku boleh saja kahwin kalau sekadar mahu memuaskan hati orang tapi aku masih tidak mampu bercinta..hati aku telah dicuri 15 tahun yang lepas. Sejak itu dadaku kosong tiada lagi hati untuk ku persembahkan pada insan yang baru.

Bukan tak ada wanita yang inginkan aku tapi aku risau nanti jika perhubungan itu tidak berpanjangan. Aku tak sanggup dikecewakan dan mengecewakan orang.
Lebih baik aku bersendiri dari terluka dan melukakan hati orang lain.

Bila ada mood nanti aku akan cerita tentang pengalaman cintaku yang lalu.

Tata

2 Responses to Not Again...

  1. Adinda Atie
    January 31, 2009 at 12:03 AM
    hahah salah srg yg gilekan u tu mesti i kan?
    stiap kali i ckp psal ni ayat u mesti

    "no,no..i prefer kita mcm ni je..ada jodoh tak kemana"

    ahhahaa
  2. Corey
    January 31, 2009 at 12:32 AM
    hehe mungkin ye mungkin tidakk.. ramai lagi yg lebih obsesi hehe