Showing posts with label philophobic. Show all posts
Showing posts with label philophobic. Show all posts
Posted on Tuesday, August 04, 2009

Mangsa Cinta Si Philophobic #2 : Kasih Gadis Cina - Prelude

Sudah lama aku tidak berbicara tentang kisah lampauku. Terkadang aku terlupa akan janjiku dahulu untuk berkongsi pengalaman dibelenggu cinta dan kasih yang aku jebaki tanpa rela setelah gagal cinta pertama lama dahulu.

Nah, kini aku akan persembahkan kisah kedua dlm siri “Mangsa Cinta Si Philophobic” yang mana jika ada yang mengikuti, kisah lepas adalah berkenaan “Kasih Gadis Tomboy”.  Jika anda berminat untuk membaca kembali nukilan-nukilan lepas, pautan boleh anda cari di dalam ruang ‘ARKIB BLOG’ March dan April.

Perlu diingati, walaupun aku menggunakan istilah “Mangsa Cinta”, tidak bermakna aku ini playboy atau kasanova yang sengaja mempermainkan gadis. Bagi istilah peribadi aku, ia lebih menjurus kepada harapan kasih tidak kesampaian seorang gadis yang mengharapkan balasan cintaku tetapi tidak dapat aku penuhi, lantas membuat aku dalam dilema kerana aku tidak lagi punya hati dan perasaan untuk membalas cinta dek penangan trauma cinta pertama yang masih belum kebah.

Sebenarnya jarak kisah antara Mangsa #1 dan Mangsa #2 ini agak jauh. Ada lagi kisah-kisah yang berlaku di antara tapi aku fokuskan dahulu “Kasih Gadis Cina” ini kerana buat masa ini persahabatan antara kami telah pulih, dan aku mahu luahkan kisah ini secepat mungkin sebelum persahabatan kami kembali goyah. Entah mengapa kami kekadang ibarat anjing dan kucing. Mudah bergaduh online atas kesalahfahaman hal-hal picisan walaupun tidak lagi bersua muka.

Untuk rekod, gadis cina ini adalah bekas rakan sekerjaku, kisah ini boleh dikatakan antara yang terbaru berlaku dalam hidupku. Baru tahun lepas. Dia telah pun memberi kebenaran untukku meluahkan di blog malah menggalakkan lagi. Sekadar nostalgia mungkin.

Nantikan nukilan “Mangsa Cinta Si Philophobic #2 : Kasih Gadis Cina” ini menyusul.

bersambung…


Posted on Monday, April 27, 2009

Mangsa Cinta Si Philophobic #1 - Kasih Gadis Tomboy

Hari ini tibalah masanya untuk aku kongsi bersama kisah pra cinta yang aku telah tempuhi setelah trauma cinta pertama. Kisah pertama dengan seorang gadis tomboy.

Gadis itu bernama Azur. Bukan Azura. NorAzur. Ketika aku mula menjejaki Institut tersebut kami tidaklah rapat malah tidak pernah terfikir satu hari kami akan menjadi sepasang kekasih. Salah satu sebabnya mungkin kerana dia seorang gadis yang agak kasar penampilan dan boleh dikategorikan sebagai tomboy.

Dari semester ke semester persahabatan semakin akrab. Setiap kali diberi tugasan kerapkali juga aku dipilih untuk masuk ke kumpulannya. Lama kelamaan timbul pula rasa suka. Seperti ada daya tarikan. Nak kata cantik tidak. Dia tidak gemar berhias atau bermake-up seperti gadis-gadis lain. Tapi aku rasa geram bila melihatnya. Mungkin disebabkan gerak lakunya yang cheeky dan poyo.

Aku lupa bagaimana ianya berputik. Mungkin kalau tidak silap aku pernah meluahkan dengan cara berseloroh dengan salah seorang kawan karibnya yang aku menyukainya. Rupa-rupanya aku dapat tahu yang aku tidak bertepuk sebelah tangan.

Pada masa itu aku tidaklah bertekad mahu hubungan yang serius sebagai pasangan kekasih. Cuma admirasi dan flirt sahaja tetapi setelah mengetahui aku meminatinya dia kelihatan agak malu-malu. Tidak lagi beraksi poyo terhadapku. Dengan erti kata lain dia “kontrol ayu”.

Tetapi apabila tamat kelas, Sebelah malamnya kerap pula dia melelefon aku di rumah untuk berbual kosong. Sesuatu yang tidak pernah dilakukannya dulu. Caranya seolah menanti reaksi lanjut dariku. Aku memahaminya tetapi apabila dia semakin intim aku jadi seolah janggal. Timbul perasaan gentar dalam diri. Mungkin juga aku tak boleh terima caranya yang seolah push aku untuk ke next level. Aku mungkin akan teruskan jika aku yang take charge dan mengemudinya secara slow and steady.

Aku pun kekadang hairan, bila mula menjalin sesebuah hubungan selalunya gadis tersebut yang akan memulakan gerak langkah. Mungkin disebabkan inilah aku rasa sedikit kaget dan janggal. Aku tahu dia menanti hari aku mengajaknya keluar bersama tetapi tidak pernah berlaku. Ketika berbual dia pernah memberi hint tetapi aku buat seolah tidak faham. Dari sinilah aku mula merasai yang aku gentar untuk melalui jalan cinta lagi.

Dipendekkan cerita, suatu malam seperti biasa dia menelefonku. Setiap kali dia menelefon timbul rasa bersalah kerana aku tidak pernah pun sekali pun punya inisiatif untuk menghubunginya walaupun sekali. Lalu aku meluahkan padanya yang aku mahu kami kembali menjadi kawan biasa seperti dahulu. Aku nyatakan yang aku rindu Azur yang dahulu. Gadis lincah, kasar dan poyo yang selalu make my day. Caranya sekarang seolah tidak menjadi dirinya sendiri.Pretentious. Aku tidak selesa jika orang lain berubah semata-mata kerana aku.

Aku luahkan juga yang aku belum bersedia mahu serius dengannya. Aku mintak maaf dan menyatakan yang aku tidak mahu dia kecewa satu hari nanti jika hubungan ini makin serius. Lebih baik putuskan sekarang sebelum semuanya masih berada di gear bebas.

Dia diam sepanjang perbualan aku. Akhirnya dengan nada tenang dia berkata “Takpelah kalau macam tu”. Lalu memutuskan talian.

Aku faham hatinya remuk. Harapannya hancur. Mungkin juga malu kerana aku menolak cintanya. Tapi aku masih anggap seorang gadis tomboy sudah tentu dia selamba, cekal dan tabah menghadapinya. Rupa-rupanya tidak. Aku dapat tahu dari rakannya yang selepas sahaja meletak telefon dia menghubungi rakannya dan menangis. Aku tidak pernah bayangkan gadis sepertinya dalam suasana duka dan menangis.

Sayu aku mendengarnya dan timbul rasa bersalah. Justeru aku bercadang meminta maaf secara muka ke muka. Tidak berhasil kerana dia kerap mengelak dariku. Malah tidak langsung mahu melihatku. Bila aku cuba tegur dia tidak mahu membalas. Tetapi kelakuannya telah kembali seperti biasa ketika berinteraksi dengan orang lain. Ceria, lincah dan poyo tetapi tidak lagi denganku.

Agak seminggu juga dia tidak menegurku. Akhirnya setelah berkali-kali aku cuba memperbaiki persahabatan kami melalui rakan-rakannya, dia kembali seperti biasa melayaniku sebagai seorang sahabat. Walaupun terkadang rindu dengan sisi romantisnya dulu namun aku sedar hakikat yang kami tidak mungkin dapat bersama.

Setelah tamat belajar kami terputus hubungan. Kali terakhir aku dengar dia telah pun berkahwin dan kini telah menukar penampilan dengan bertudung. Alhamdulillah. Tentu ayu kini. Aku doakan dia berbahagia bersama teman hidupnya…

Kredit foto: http://femifist.today.com


Posted on Tuesday, April 14, 2009

Mangsa Cinta Si Philophobic - prelude

Bagi yang telah mengikuti kisah " Trauma Cinta Pertama "ku dalam entry yang lepas-lepas tentu telah mengetahui bagaimana aku bermula dari seorang pencinta akhirnya menjadi seorang yang fobia cinta.

Namun aku pada asalnya tidak terus mengalah pada hakikat yang aku tidak lagi mampu bercinta. Aku terus juga berusaha mencari cinta bagi mengisi kekosongan jiwa tetapi semuanya tidak berhasil. Aku pula end up menjadi seorang pemangsa yang acapkali mengecewakan gadis-gadis murni yang mengharapkan secebis cinta sejati dariku.

Sumpah. Aku memang ikhlas melamar atau menerima cinta dari mereka. Tidak pernah terniat untuk menzalimi mereka tetapi setelah cinta itu aku perolehi aku tiba-tiba jadi tergamam, hati kebas. Aku seolah jadi bodoh, tidak pandai lagi bagaimana menjaga hati seorang kekasih, blur.. hilang skill bagaimana mengambil hati wanita, tidak lagi romantis seperti Corey yang dahulu. Pendek kata aku bagaikan naif, seolah tidak pandai atau tidak pernah bercinta.

Entry ini merupakan prelude atau intro bagi salah satu kisah hidup philophobia aku yang aku ingin kongsi pada sesiapa yang sudi membaca. Kali ini aku pula yang berada di posisi terbalik yakni sebagai seorang pemangsa. Nantikan “Mangsa Cinta Si Philophobic – Part 1” tidak lama lagi.

Bagi yang belum mengetahui atau ingin mengikuti kisah cinta pertama aku yang menjadi titik tolak aku menjadi seorang philophobic kini, Di bawah aku sertakan links untuk entry-entry kisah tersebut:

  1. Trauma Cinta Pertama – part 1
  2. Trauma Cinta Pertama – Part 2
  3. Trauma Cinta Pertama – Part 3
  4. Trauma Cinta Pertama – Part 4
  5. Trauma Cinta pertama – Part 5

edit: Title ditukar dari “Mangsa Cinta Corey” ke “Mangsa Cinta Si Philophobic” atas nasihat rakan yang prihatin untuk mengelakkan persepsi negatif atau kesalahfahaman awal.


Posted on Wednesday, February 25, 2009

Apa itu Philophobia?


Ramai yang masih bertanya aku apa itu philophobic atau philophobia.

English definition:
Philophobia is the fear of falling in love or being in love.
(Greek word philia = love + phobia = fear.)

atau mengikut definisi aku:
kegentaran untuk jatuh cinta, mencintai dan dicintai.

Bagi philophobic yang kronik, masalah ini selalunya akan menjejaskan kualiti hidup mereka.

Antara symptom tipikal philophobia:
  • sesak nafas
  • nervous breakdown
  • degupan jantung kencang
  • pernafasan kencang
  • perpeluhan melampau
  • mual
  • perasaan gundah/emosional melampau
Dan banyak lagi kerana setiap individu mengalami symptom yang berlainan mengikut tahap ketegaran dan kondisi emosi semasa mereka.

Juga bagi sesetengah individu, sebenarnya mereka bukannya gentar untuk jatuh cinta tetapi:
  • takut menghadapi realiti jika cinta ditolak/hati dilukai
  • takut dengan tanggungjawab sebagai suami/isteri jika berkahwin
  • takut dengan kemungkinan terpaksa bergantung pada orang lain
  • takut melukai hati orang lain
  • takut kehilangan kebebasan
dan lain-lain lagi kemungkinan perasaan negatif yang lain.

Ada juga yang bertanya kenapa aku yang seorang philophobic tetapi kebanyakan entry blog aku memperkatakan tentang cinta dan matter yang berkaitan dengannya?

Jawapan aku..

Aku bukannya dilahirkan terus menjadi philophobic. Aku juga pernah mengalami episod-espisod cinta dalam hidupku.Banyak yang pernah aku alami dan hayati yang boleh aku kongsi.

Perumpaan aku ini boleh dikaitan seperti manager team bolasepak. Tidak semua mereka jaguh atau masih mempunyai skill bermain tetapi mereka mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam strategi permainan tersebut.

Dah faham? :)



Posted on Thursday, January 29, 2009

Percubaan Kedua

Ini adalah percubaan kedua aku dalam menceburi arena blogging. Sebelum ni aku telah pernah mencuba blogging tapi hanya sekerat jalan akibat mental block. Mungkin juga kerana aku adalah seorang yang terlalu secretive dan banyak rahsia diri yang aku belum sedia kongsi.

Pada mulanya aku bercadang mahu menggunakan English sebagai bahasa utama tetapi memandangkan kebelakangan ini aku sedari Bahasa Melayu aku semakin berkarat, aku memilih untuk blog dalam Bahasa Melayu. Gaya bahasa juga akan berubah-ubah mengikut mood aku dikala blogging. Jika tiada isu atau konflik melanda diri, aku akan blog menggunakan bahasa skema dan standard seperti ini. Mungkin juga akan ada post dalam bahasa gaul jika itu yang aku rasakan perlu untuk ekspressi diriku ketika itu, dan juga mungkin every now and then aku akan blog dalam English atau bahasa rojak. Dengan kata lain .. Ikut suka aku la!.. ini blog aku hehe.

Aku memilih Confessions of a Philophobic sebagai tajuk blog aku kerana:

1. Aku akan confess dan buka diriku sedikit demi sedikit melalui blog ini.

2. Philophobic bermaksud Takut Pada Cinta/Takut Bercinta..aku akan terangkan lebih lanjut berkenaan symptom yang aku alami ini dan bagaimana aku menjadi begini.

3. Tajuk tersebut adalah parody kepada Confessions of a Shopaholic yang mana merupakan salah satu novel kegemaranku dan kini telah pun difilemkan. Dalam masa terdekat aku akan cuba membuat review tentang novel dan filem tersebut .

Hmm baru aku sedar yang aku belum properly perkenalkan diriku.. Nantilah dalam post-post berikut akan aku ceritakan sedikit demi sedikit tentang diri aku pada sesiapa yang belum mengenali atau mahu mengenaliku lebih lanjut.

Tata