Posted on Tuesday, May 26, 2009

Dilanda Kemalasan Maksima

Aku apabila sudah malas, ilham datang bertalu-talu pun tiada mood untuk curahkan dalam bentuk penulisan. Sejak sabtu lepas entah apa yang melandai diri aku pun tak tahu. Asyik tidur saja. Antara aktiviti harian aku kebelakangan ini:

  • 5.30 am: Bangun pagi, lepak-lepak depan laptop,  Solat , Tidur semula
  • 11.00 am: Sarapan (jika bangun), Online ym, jika tiada yang layan..offline, tidur
  • 1.00 pm : Terjaga sebab rimas, mandi, Online ym, jika tiada yang layan..offline, check torrent downloads, tonton mana-mana dvd movies yang sudah siap didownload, baca blogs, forums,  check maybank2u dan cimbclicks, blog surfing lagi..mata letih, tidur
  • 4.00 pm – Terjaga, makan jika lapar, lepak depan laptop, Online ym, jika tiada yang layan..offline, taip penambahan dua tiga perkataan dalam novel, mata jadi berat..bla bla bla bla

Ahh sudahlah! Bosan.. tengok tu! nak habiskan menaip aktiviti harian pun malas. Mungkin tiada yang menarik dalam hidup aku sekarang sejak tidak lagi bekerja ikut rutin pejabat. Barulah aku merindui kembali cabaran bekerja seperti orang lain dahulu tetapi jika difikirkan kembali.. no turning back. Aku telah nekad, bersusah payah untuk mengambil jalan ini. Perancangan harus diteruskan.

Mungkin apa yang aku perlukan adalah masa untuk bersantai. Sudah lama tidak bercuti mahupun berfoya-foya. Inilah masanya untuk melihat keindahan dunia luar. Memerap saja di rumah mungkin telah membuatkan hidup aku  malap, tiada warna sebegini.

Ya! aku mengambil keputusan akan pergi bercuti selama dua minggu untuk refleksi dan rejunivasi semula diri. Destinasi pertama mungkin ke KL . Dengar-dengar member aku nak shooting iklan. Mungkin join mereka sekejap. Seterusnya belum dirancang lagi. Barangkali mengembara sekitar destinasi menarik di Malaysia. Jika kalian ada idea tempat-tempat menarik yang sesuai untuk relaksasikan tubuh dan minda, sila kemukakan.

Dengan ini, aku declare blog Corey Alias: Melankolia Seorang Philophobic akan hiatus selama dua minggu. InsyaAllah, Jika ada akses internet atau semangat kerajinan muncul, aku akan update di mana-mana destinasi nanti. Perjalanan akan dimulakan Jumaat ini.

Tata!


Posted on Saturday, May 23, 2009

Interpretasi Cinta

115663458_41ec675186

Sudah lama aku tidak berbicara fasal cinta atau bahana yang terlahir dari cinta. Tatkala melakukan ziarah dari blog ke blog aku tertarik dengan satu pandangan tentang cinta yang diluahkan secara bersahaja oleh seseorang ini. Sebelum ini memang pernah aku ternampak ayat-ayat ini blognya tetapi tidak begitu endah ketika itu. Mungkin jiwa sedang syahdu sekarang ini, tiba-tiba boleh pula terpaut dengan bait-bait ini:

Cinta adalah rahsia Tuhan,
Cinta adalah jiwa ciptaan,
Cinta merupakan satu saluran menjalinkan insan mengenal erti kehidupan,
Cinta itu jambatan buat menyeberang lautan dalam perasaan,
Cinta bukan mainan,
Cinta adalah puncak
rasa yang paling
tertinggi,
Cinta berumah di hati dalam menanti hadirnya insan bergelar kekasih

Aku fahami dan bersetuju benar dengan pandangan beliau tentang cinta. Aku bertuah, walaupun kini belum kebah dari trauma cinta tetapi pernah merasa keasyikan dan keghairahan sebuah cinta. Memang cinta sesuatu yang misteri. Bisa menukar seseorang yang naif menjadi sang pencinta. Dan dari sang pencinta menjadi penggentar cinta…

Setiap orang pasti ada definisi atau interpretasi peribadi tentang cinta seperti pemilik kata-kata di atas. Apa pula interpretasi anda? 


Posted on Thursday, May 21, 2009

Zee Avi: Ikon Sebenar

Dalam keghairahan kita melaburkan wang ringgit dalam misi untuk menabalkan idola bintang realiti pujaan kita menjadi ikon hiburan tanahair, kita terkadang lupa bahawa terdapat ramai lagi insan seni suara berbakat besar dalam negara kita yang tidak berpeluang, dinafikan atau pun tidak berminat untuk mengikut jalan pintas melalui persada hiburan picisan.

Mereka ini mungkin mahu menjadi diri sendiri dan mahu take control hala tuju mereka dalam dunia muzik. Kebanyakan dari mereka ini mencari alternatif sendiri bergerak mengikut aliran yang kita kenali sebagai underground dan indie.

Golongan inilah yang lebih menghargai muzik kerana ia datang terus dari jiwa dan interpretasi sendiri, bukan hanya mengikut telunjuk orang lain yang hanya mementingkan komersil dan keuntungan.

Entry ini adalah dedikasi aku untuk seorang insan seni, rakyat Malaysia tulen yang lahir dan membesar di Malaysia tetapi telah berjaya menempa nama di Amerika Syarikat. Peliknya kejayaan beliau seperti tidak disedari oleh majoriti dari kita. Media massa Malaysia seperti tidak mengendahkan kejayaan beliau ini. Hairan. Adakah kerana beliau bukan lahir dari pertandingan nyanyian atau program realiti?

Gadis ini adalah Zee Avi atau nama sebenarnya Izyan Ali Rahman (jika tidak silap).

Dilahirkan di Miri, Sarawak sebelum menetap di Kuala Lumpur. Beliau turut dikenali sebagai Kokokaina di dalam YouTube.

Di YouTube inilah bakatnya di kagumi oleh seluruh masyarakat YouTube dari seluruh dunia sehinggakan YouTube telah meletakkannya sebagai salah satu feature di muka depan laman web tersebut disebabkan hits tinggi yang diterima oleh video-videonya. Yang menariknya beliau bukan hanya mempunyai suara yang lunak tetapi berbakat dalam menulis sendiri lagu-lagu nyanyiannya.

Populariti disamping kelunakan suaranya akhinya menarik perhatian recording company dari USA iaitu Bushfire Records yang dimiliki oleh Jack Johnson. Beliau telah pun merakamkan album di bawah label tersebut dan kini sedang melakukan tour promosi disekitar USA. Zee Avi sememangnya telah dikenali ramai disana dan persembahannya memang dinantikan peminatnya. Turut membanggakan beliau telah dijemput ke talkshows di sana dan lagunya, Monte telah digunakan dalam satu episod siri Private Practice.

Kejayaan Zee Avi ini telah membuka mata aku untuk tidak hanya menyanjungi bakat yang disogokkan di kaca TV tetapi perlu melihat dari sudut platform lain juga. Sesungguhnya Zee Avi harus menjadi idola pada semua yang ingin mengembangkan bakat dalam dunia muzik. Tiada yang mustahil. Yang penting jadi diri sendiri dan tahu apa yang diinginkan, jangan sekadar menanti suapan.

Semoga Industri hiburan di Malaysia akan lebih membuka mata kepada bakat-bakat sebenar di luar sana sebelum kesemuanya lari atau disambar orang luar.

Zee Avi. Inilah Ikon sebenar yang dicari-cari selama ini. Satu transformasi telah bermula. Dari seorang yang tidak dikenali kini bakal mengharumkan nama Malaysia. Nantikan debut albumnya yang akan mencecah pasaran Malaysia bermula 27 Mei ini.

Tahniah Zee Avi!

Berikut adalah antara koleksi videonya. Layarilah pautan berikut untuk info lanjut serta koleksi lagu/videonya:


Posted on Wednesday, May 20, 2009

Entry Gigih #1: HP Baru!

Kalau ikutkan badan dan kepala ni aku masih terus terbongkang atas katil tu. Sengal-sengal badan belum reda lagi. Tapi sayu pula melihatkan blog aku yang bersawang ni. Mood belum ada untuk menyambung kisah cinta philophobic aku tu. Sebagai filler aku nak menayang Handphone yang baru aku beli. Hehe.

Sebelum ke KL hari tu aku tak terfikir pun nak beli HP baru. Tetapi memang mengidamkan HP Nokia 5800 XpressMusic. Dah survey kat kampung aku tetapi harga memang tidak berpatutan.

Sewaktu di rumah Wangsa Maju, sempat juga aku pergi cuci mata ke Carrefour. Ala bukan jauh pun, lintas saja jalan dah sampai. Dalam ronda-ronda tu sempat juga survey dan bertanya harga Nokia 5800 XpressMusic tu di setiap booth handphone yang dijumpai.

Akhirnya aku temui harga yang agak menarik kat satu booth ni. Mula-mula aku sangkakan harga AP rupanya original set. Fikir punya fikir akhirnya terus ambil keputusan beli. Lagi pun dah bertahun-tahun aku guna HP low tech Sony Ericsson tu.

Rasanya ini HP canggih yang pernah aku miliki. HP idaman aku semestinya iPhone 3G tetapi belum mampu memiliki. So dapat Nokia 5800 ni pun jadilah. Touch Screen juga. Tidak kurang hebatnya.

Terima kasih juga kepada rakan serumah, Guff yang turut sama membantu survey dan banyak memberi tips dan keyakinan. Kalau aku seorang rasanya susah nak buat keputusan.

Buat masa ni aku masih belum serasi lagi dengan HP ni. Masih terkial-kial, godek sana sini membiasakan diri.

Sesiapa yang ingin tahu spesifikasi atau info lebih lanjut berkenaan Nokia 5800 XpressMusic ini. Layarilah  http://www.nokia.com.my/5800xpressmusic .

Gambar-gambar di snap dari webcam laptop aku, kecuali gambar kotak di atas di snap dari kamera Nokia 5800 XpressMusic


Posted on Monday, May 18, 2009

Penat!

Baru pulang dari KL.

Pergi, balik hari sememangnya memeritkan. Siang panas menggila, malam hujan tak henti. Hampir terbabas gara-gara terlelap.

Mengantuk! Masa untuk tidur nampaknya…

Selamat malam pagi!


p/s: Aku ke KL kerana urusan kecemasan keluarga BUKAN sebab AF. Aku bertolak hari Ahad (semalam) jam 12 tengahari, sampai KL jam 4 petang. Malam tu jap 9 malam bertolak semula pulang ke Perak.


Posted on Sunday, May 17, 2009

…Dan Juara Akademi Fantasia Musim Ke Tujuh Jatuh Kepada…

TAHNIAH HAFIZ!

Kedudukan AFUNDI sebelum konsert bermula:

Hafiz - 44%, Aril - 22%, Yazid - 15%, Akim - 13%, Isma - 6%

Kedudukan AFUNDI selepas undian ditutup:

Hafiz - 46%, Aril - 22%, Akim - 18%, Yazid - 9%, Isma - 5%

Walaupun persembahan Hafiz agak kurang menyerlah dengan impak yang minima tetapi aku tidak salahkannya 100%. Ini Konsert Akhir, selama sembilan minggu sudah pasti semua sudah ketahui dan yakin dengan kelebihan anak muda berasal dari Sarawak ini. Rata-rata telah menyakini dan memilihnya sebagai juara di hati masing-masing sedari awal lagi. Selamat datang ke industri hiburan Malaysia, Hafiz. Di situlah cabaran sebenar bermula. Masamu telah tiba. Gear up!

Aku tak pasti sama ada akan membuat ulasan penuh Konsert akhir AF7 ini atau tidak kerana segala-galanya telah terungkai. It would not matter anymore. Apa yang aku inginkan telah pun menjadi kenyataan. Perjuangan telah selesai. Yang penting selepas ini aku sudah boleh menjalani hidup aku dan berkarya dengan tenang. Itu yang paling bermakna bagi aku.

Namun begitu, jika sisa-sisa mood AF aku masih ada  aku mungkin akan cuba membuat ulasan penuh esok. Buat masa ini satu perkataan yang boleh aku katakan untuk menggambarkan keseluruhan konsert adalah – HAMBAR. Lagu-lagu baru yang sepatutnya menjadi umpan pertama untuk mereka mencipta nama kedengaran tidak mesra telinga. Seolah pilihan tangkap muat.

Tahniah juga kepada:

ARIL (Naib Juara)

AKIM (3rd)

YAZID (4th)

ISMA (5th)

Kalian tetap juara di hati penyokong masing-masing. Gelaran juara bukanlah segala-galanya. Persaingan sebenar adalah di luar sana. All the best!

Selamat mewarnai industri hiburan tanahair buat semua.

Kredit foto: http://www.astro.com.my/akademifantasia


Posted on Saturday, May 16, 2009

Menjelang Malam Penentuan AF7

 

AF6%20logo

 

Kepada peminat-peminat tegar Akademi Fantasia, malam ini adalah malam penentuan yang kita telah nantikan selama sepuluh minggu. Antara lima finalist AF7 di bawah siapa yang bakal dinobatkan sebagai JUARA Akademi Fantasia musim ke 7? Undian kita yang akan menentukannya.

Kepada yang menonton secara langsung di Stadium Putra Bukit Jalil, semoga terhibur dan memberi sepenuh sokongan kepada para pelajar. Disamping itu kawal emosi dan jaga tata susila. Walau nanti keputusan diumum tidak menepati kehendak, redha dan berhemahlah. Terimalah seadanya.

Dalam pada itu, teruskan misi gerak gempur mengundi pelajar pilihan anda. Kepada yang ingin turut serta atau belum mengetahui caranya sila ikuti panduan seperti berikut:

Melalui telefon bimbit:

AFUNDI10 HAFIZ ke 32999

AFUNDI10 AKIM ke 32999

atau

Melalui telefon talian tetap:

Dail 13730 dan tekan 06

Dail 13730 dan tekan 03

 

 

 

MAY THE BEST MAN WIN!

Kredit foto: ASTRO, http://www.klubbkidd.com


Posted on Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru!

Sempena sambutan Hari Guru ini  aku turut ingin ucapkan Selamat Hari Guru kepada para pendidik yang tanpa mengenal jemu dan lelah dalam menjalankan tanggungjawab besar lagi mulia dalam  mendidik anak bangsa.

Maaf tiada ilham untuk mengarang lebih panjang berkenaan pengorbanan guru ini disebabkan fokus telah dicuri. Namun begitu, jasa-jasa guru yang telah banyak menabur bakti kepadaku sepanjang hidup memang sentiasa aku kenang dan hargai. Kepada para bloggers yang berprofesyen Guru, raikanlah hari ini, hari ini hari anda! jangan mudah mengeluh dan putus asa walaupun terkadang kesabaran tercabar. Ketahuilah yang tugas anda adalah salah satu tugas yang amat mulia. Banggalah bergelar seorang pendidik.

“ GURU PEMBINA NEGARA BANGSA “

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Terima kasih cikgu!

Kredit foto: http://www.moe.gov.my


Posted on Friday, May 15, 2009

Lagi Award dari Rizz & Qiellah

rizzaward

Sekarang ni musim blogger buat awards eh? satu demi satu aku terima. Ini salah satu cara mereka meraikan sesuatu pencapaian peribadi dan juga sebagai satu penghargaan kepada rakan bloggers yang lain yang setia mengikuti perkembangan mereka di blogosphere. Award di sebelah ini telah diterima dari Rizz, seorang jejaka bertubuh langsing. Seperti sesetegah rakan bloggers yang lain, aku belum berkesempatan bertemu di luar. Beliau tampak peramah dan berjiwa santai. Satu hari bila tiba masa kita akan ketemu jua. Kasih Rizz atas anugerah ini. Terima kasih juga atas perkongsian paparan pengalaman hidupmu saban hari.QILAHaward I’m lovin’ it!

Award di sebelah kanan ini pula diterima dari Cik Suci Qiellah yang sinonim dengan gelaran Ratu Putus Fius, sangat obses terhadap lesung batu. Beliau turut mempunyai personaliti hangat, kelakar tetapi tegas dalam pendirian. Boleh dilihat dari riak dan raut wajahnya namun aku tahu jauh disudut hatinya beliau juga seperti gadis yang lain yang punya rasa yang rapuh dan jiwa yang lembut lagi penyayang. Terima kasih Qiellah! Harap satu hari dapat bertemu di alam nyata.

Sesiapa yang belum dan ingin mengenali Rizz dan Qiellah lebih intim sila ke blog mereka di :

Rizz: http://rizzirhamy.blogspot.com/

Qiellah: http://luahan-bersahaja.blogspot.com/

Selamat berkenalan!


Posted on Thursday, May 14, 2009

Undian Reset Konsert AF7 Minggu ke 9: Petisyen untuk ASTRO

Kepada para peminat Akademi Fantasia musim ke 7, Sila ke SINI untuk menyokong petisyen ini. Luahkan rasa anda diruangan komen di bawah petisyen tersebut sebagai tanda sokongan.

Keji! Itu perkataan pertama yang tercetus dibenakku bila mendapat berita ini. Apa yang aku risaukan telah menjadi kenyataan. ASTRO telah sekali lagi mempersendakan pengundi-pengundi AF7 yang setia menyokong rancangan itu.

Untuk pengetahuan para peminat Akademi Fantasia yang masih belum mengentahui, segala Afundi kalian kepada Hafiz, Akim, Isma dan Yazid telah di reset kembali setelah tamat konsert dan tidak di bawa ke hadapan walaupun tiada penyingkiran.

Ini bagaikan satu rompakan siang oleh pihak astro yang semakin jelas mempunyai agenda tertentu pada musim ini. Aku ingatkan aku boleh tenang sementara menanti AF berakhir tetapi ada saja provokasi yang meracun ketenteraman jiwa.

Ya. Mungkin ada yang sudah menjangka tiada penyingkiran dan tidak perlu gigih mengundi pada minggu tersebut. Tetapi aku rasa kebanyakan yang mengundi bukan risaukan pelajar kegemaran mereka tersingkir tetapi untuk memastikan pelajar tersebut mendapat lebihan undian yang akan dibawa ke minggu akhir yang seterusnya dapat memberi saingan sengit kepada pelajar jalan pintas yang akan terpilih melalui AFMASUK.

Petisyen di atas adalah untuk meminta ASTRO menambahkan semula kesemua undian konsert ke 9 kepada empat pelajar tersebut demi keadilan kepada para pelajar yang bersusah payah menempuhi segala cabaran minggu demi minggu untuk terpilih ke konsert akhir. Juga keadilan kepada para pengundi mereka yang gigih memastikan pelajar pilihan mereka terus kekal.

Kepada yang ingin tahu lebih lanjut dan jelas tentang kebatilan ini sila ke http://badrulaftersix.blogspot.com

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kedudukan pelajar seperti yang disiarkan di dalam Diari AF malam tadi:

1 = YAZID

2 = HAFIZ

3 = ARIL

4 = AKIM

5 = ISMA

Kredit foto: http://www.klubbkidd.com


Posted on Thursday, May 14, 2009

Award dari Pojie Pooh

pojie sweetiest blog award

Siang tadi Pojie telah menganugerahkan Sweeties Blog Awardnya pada aku. Terima kasih Pojie atas penghargaan dan memilih aku sebagai salah seorang penerima anugerah berprestij ini. Aku kerap juga melawat blog pojie dan sesekali berkongsi rasa aku di dalam ruangan komen tetapi masih belum berpeluang mengenali lebih intim. Mungkin satu hari jika tiada aral kita akan ketemu jua.

Sesiapa yang belum atau ingin mengenali Pojie Pooh ini silalah ke blog beliau di http://pojiepooh.blogspot.com .


Posted on Wednesday, May 13, 2009

Konsert Akhir AF7: Menghitung Hari Kesengsaraan Berakhir

af7-logo Sabtu 16 Mei ini adalah hari penentuan bagi empat orang pelajar Akademi Fantasia 7. Antara Akim, Aril, Hafiz, Isma dan Yazid, siapa yang akan dijulang sebagai juara musim ini? Kepada para peminat tegar Akademi Fantasia yang telah terjerumus dalam permainan ASTRO seperti aku, silalah dermakan kredit handphone kalian untuk calon-calon juara pilihan hati. Hantar AFUNDI10 ke 32999 kepada yang layak. Kalian penentunya.

Aku sendiri seolah tidak percaya tahun ini aku menjadi begitu kemaruk dan fanatik dengan Akademi Fantasia walaupun telah saban tahun sejak musim pertama lagi sudah biasa dan masak dengan segala gimik yang dihidangkan. Dengan kata lain makin cuba dibuang makin rapat pula dia datang menggomol.

Namun tahun ini aku dapat saksikan makin ketara kejelekan perangai sesetengah fanatikus AF yang bagaikan cacat emosi, meroyan menggunakan kata-kata kesat bersalut penghinaan untuk menjatuhkan pelajar yang tidak mereka sukai. Mungkin juga paranoia, tidak pun desperasi tinggi, terlampau risau jika ada pelajar lain nampak boleh menggugat kedudukan pelajar pujaan mereka. Sikap sebeginilah yang menjangkiti penyokong lawan yang akan bertindak balas. Bagi yang beragenda pula mereka sengaja bertalam dua atau menjadi batu api untuk melagakan sesapa peminat. Peminat AF tidak lagi murni seperti dahulu yang mana saling menyokong, tidak berpuak-puak seperti kini.

Tindakan mereka ini impak negatifnya akan tertimpa pada pelajar itu sendiri. Pelajar yang naif tentang perlembangan luar yang akan jadi mangsa kebencian. AF kini bukan lagi hiburan santai mesra keluarga seperti mula-mula diperkenalkan dahulu. Kini ia menjadi sebuah medan politik kotor lagi keji.

Seperti pilihanraya umum, musim AF telah menonjolkan keluar sisi gelap sesetengah manusia dalam mencapai agenda mereka. Astro pula ghairah memainkan segala sentimen untuk menghangatkan lagi permainan ini. Maklumlah yang penting keuntungan. Terapan nilai murni insan diketepikan demi untuk memastikan nilai ringgit terus mengalir masuk.

Aku seperti peminat tegar AF yang lain, mahu melihat pelajar pilihanku ditabalkan juara tapi pada masa yang sama tidak sabar untuk semua ini berakhir. Terus terang aku katakan jiwa aku sengsara sepanjang musim AF ini hinggakan tidak mampu lagi berkarya tenang untuk topik lain. Begitu hebat jangkitan AF ini bagi jiwa yang berimunisasi lemah seperti aku.

Seawalnya aku berhasrat untuk melihat sendiri konsert akhir ini di Stadium Putra, Bukit Jalil tetapi atas urusan yang perlu diselesaikan pada hujung minggu ini aku terpaksa membatalkannya, Mungkin tiada rezeki aku pada tahun ini. Ironinya setelah aku membuat keputusan tidak mahu pergi, tiba-tiba aku dapat tahu tiket axcess telah membuka jualan tempat duduk ARENA yang berharga RM50 itu. Sebelum ini aku sangka hanya tinggal tempat duduk Upper Tier yang berharga RM10 sahaja tinggal. Tempat duduk ARENA inilah yang menjadi target aku untuk mendapatkannya sebelum ini.

Aku tidak begitu berminat melihat dari Upper Tier yang sudah pasti impaknya minima. Alang-alang melihat secara langsung lebih berbaloi rasai kehangatannya sehampir yang mungkin. Jadi, kepada yang masih belum mendapatkan tiket sila serbu atau beli secara online di http://www.axcess.com.my sebelum kehabisan.

Tahun depan aku dengar tetap akan diadakah musim kelapan kerana kontrak AF telah disambung untuk lima tahun lagi. Entahlah aku tidak pasti maklumat ini benar atau sebaliknya. Persoalannya yang hanya aku peduli adakah aku terus akan menjadi fanatikus AF untuk lima tahun lagi? Harapan aku biarlah tahun ini yang terakhir. Jika AF hendak ditamatkan terus pun aku redha. Tidak sanggup lagi rasanya terjerumus dalam drama dan permainan politik hiburan picisan ini.

Kredit foto: http://www.klubbkidd.com


Posted on Monday, May 11, 2009

Lagi Tag dari Ritzz

Ingatkan nak rehat dari tag ni tapi tag kali ni lebih simple dan menarik juga sebab dapat kenali semula diri sendiri. Sekarang sudah tidak terlalu kemaruk tengok TV seperti dulu. Bagus juga ada tag ni kekadang. Boleh isi blog dikala kekeringan ilham.

1.Citer ape yang buat anda ketawa sepanjang menontonnye?

 

Siri sketsa yang paling kelakar yang paling kelakar pernah aku tengok. Lupa kat TV mana dulu tapi sekarang aku download torrent atau watch kat youtube je.

 

 

 

2.Citer ape yang buat anda menangis?

 

Sebenarnya tiada cerita yang pernah buat aku menangis. Tapi banyak juga cerita atau filem yang buat aku sayu dan terkadang bergenang juga air mata. Sepi salah satunya. Tiga kisah cinta dalam satu filem. Banyak lagi filem lain tapi kalau filem Malaysia inilah salah satunya.

 


3.Citer ape yang buat anda marah?

 

Marah, geram, benci, menyampah semua ada masa tengok cerita ni dulu. Sekarang bila ingat balik aku geleng kepala sambil ketawa,kenapalah boleh emosi sangat dengan cerita tak logik ni hehe.



 


4.Citer ape yang anda suke sangat2?


Cerita ni kot. Dah 7 musim. Setiap tahun aku nekad tak mahu layan tapi tengok juga. Boleh pulak tahun ni terlebih pula fanatiknya. Tak sabar nak tunggu habis. Kurang sikit sengsara jiwa raga aku.

 



5.Drama bersiri ape yang kamu tak pernah miss 1 episod pun?

 

Mula-mula dulu aku pandang sinis je cerita ni tapi lelama boleh pula jadi pengikut tegar. Entah bila nak ada sambungannya.




 

 

6.Lagu ape yang paling kamu suka?

BILA RASAKU INI RASAMU

Lagu ini seolah surat aku untuk cinta pertama aku. Cinta trauma yang menjadikan aku philophobic kini.



 

 

 

7.Lagu ape yang paling kamu tak suke?

SEHIDUP SEMATI

No comment.


 

 

 

 

 

8.Lagu ape yang menggambarkan situasi anda sekarang?

   MUNAJAT CINTA

Lagu ini seolah sebuah doa dari aku.


 

 

 

 

 

9.Lagu ape yang boleh buat anda gelak tak henti-henti?

NASIB JANDA

Ini salah satu antara kombinasi video dan lagu yang masih buat aku gelak terguling sampai sekarang.



 

 

 

 

10. Lagu ape yang boleh buat kamu menangis?

CAN’T LIVE IF LIVING IS WITHOUT YOU

( Mariah Version)

Lagu pertama dan satu-satunya lagu yang pernah buat aku ternangis.

 

 

 

 

Tag ini seterusnya untuk siapa? Nanti fikir dulu…


Posted on Sunday, May 10, 2009

Ulasan Konsert AF7, Minggu ke 9

konsertlogoJangkaan aku sangat tinggi minggu ini. Aku mengharapkan sebuah persembahan yang lebih meletup dari setiap pelajar berbanding minggu-minggu sebelumnya kerana aura pra juara seharusnya perlu ditonjolkan oleh setiap dari mereka tetapi hanya 2 pelajar bagi aku benar-benar menunjukkan kesungguhan dan peningkatan pada malam tadi. Berikut adalah ulasan aku mengikut rasa dan interpretasi aku sebagai penonton di rumah.

LAGENDA – Akim, Hafiz, Isma, Yazid

  • Aku tak faham, dalam banyak-banyak lagu yang telah dicipta untuk seorang ibu, lagu ini juga dipilih sebagai lagu tema sempena menyambut Hari Ibu versi AF7. Tak perlu aku senaraikan setiap lagu bertema ibu. Aku rasa kalian semua mesti tahu dan punya lagu kegemaran bukan? Sudahlah terpaksa ditukar lirik. Sesuatu yang tak perlu dilakukan jika hanya memilih lagu khas dedikasi untuk Ibu. Pendek kata lagu ini tidak langsung memberi kesan kepada aku. Yang cuma buat aku tersentuh adalah mimik tangisan dari Akim, itu saja.

isma1 ISMA – Aku Pasti Datang & Hot and Cold

  • Pada pusingan pertama, seperti biasa Isma berjaya membosankan aku. Tiada rasa, tiada apa-apa faktor yang bikin aku teruja. Malah aku merasakan persembahan ini sangat panjang sampaikan tak sabar menanti ia berakhir.
  • Dia hampir menebus kembali kekecewaan persembahan pusingan pertama tadi tetapi faktor-faktor tambahan mengganggunya seperti kasut tumit tinggi itu. Hampir-hampir tergelincir. Nasib baik. Elemen yang boleh dibanggakan cuma koreografi persembahan lagu ini. Dari segi vokal tiada apa yang menarik mungkin Isma tidak mampu multitask diantara mengingati langkah tari dan mengimbangi badan dengan kasut itu. Sebutan Bahasa Inggeris juga tidak jelas dan lemah.
  • Nota: Walaupun tidak meminati Isma tetapi aku simpati kerana merasakan seolah Isma diperdajalkan minggu ini kerana para pelajar lain mendapat lagu-lagu forte mereka dan mesra telinga tetapi Isma diberi lagu-lagu yang dia tidak familiar bersama koreografi mencabar.


yazid 1 YAZID – Where The Street Have No Name & Aku Skandal

  • Seperti biasa sebutan Bahasa Inggeris yang tidak jelas dan lemah.Aku rasa dari awal persembahan itu amatlah tidak perlu melainkan untuk show off semata. Tiada tujuan kerana sejurus jejak ke bawah dia kembali naik ke pentas. Aku sangkakan dia ingin membuat intro di bawah . Terlalu banyak pergerakan sehingga aku tidak dapat hayati nikmat lagu tersebut.
  • Untuk persembahan kedua, tidak dinafikan Yazid mempunyai vokal yang bagus tetapi ekspresi wajahnya terlalu bersahaja dan selamba. Bukan bersahaja yang berkarektor tetapi bersahaja kosong. Tiada rasa.
  • Nota: Aku tertanya-tanya apakah Yazid mampu membawakan lagu Inggeris jika bukan dari pilihan lagu-lagu kegemarannya?


akim1 AKIM – I’m Yours & Larut

  • Selain Hafiz, Akim adalah antara pelajar AF7 yang bagus sebutan nyanyian Bahasa Inggerisnya walaupun tidak begitu fasih. Kelebihan bagi lagu I’m Yours adalah ini lagu kegemarannya dan selalu dinyanyikan di setiap pertandingan nyanyian yang disertainya sebelum ini. Dari segi vokal, agak lemah lontanrannya minggu ini disebabkan terlalu banyak berlatih barangkali. Agak terjejas suaranya lebih-lebih agi di note tinggi. Penguasaan pentas yang bagus. Imej seorang penghibur jelas kelihatan bersama gitarnya. Sebuah persembahan yang amat membanggakan dan saya setuju malam ini merupakan yang terbaik dari Akim.
  • Aku terlupa terus yang lagu Larut ini adalah lagu dari Dewa19. Mungkin kerana aku tidak familiar dengan lagu ini tetapi mungkin juga kerana Akim begitu menyakinkan di pentas seolah lagu ini dia yang punya. Aksinya seolah sedang make love dengan Mic stand itu sangat sensual hinggakan hilang konsentrasi seketika untuk menghayati lagu ini.
  • Nota: Nampaknya makin kerap pula pelajar beraksi turun pentas . Terasa klise pula. Aku demand sesuatu yang baru. Selain itu aku rasa Akim seorang yang pandai berstrategi. Dia berjaya mencuri peluang dan memancing perhatian bekas pengundi-pengundi Aishah.

hafiz1 HAFIZ – Laskar Pelangi & I Believe I Can Fly

  • Laskar Pelangi aku rasakan sebuah lagu picisan bagi Hafiz. Dia terlalu besar untuk lagu ini. Terima kasih kepada kanak-kanak yang membantu menceriakan pentas. Tanpa mereka mungkin persembahan menjadi membosankan. Tiada komen berkenaan lontaran vokal. Sememangnya Hafiz punya tona suara yang lazat.
  • SAVE THE BEST FOR LAST! Aku bangga dengan Hafiz kerana berjaya tafsirkan lagu ini dengan gaya dan cara tersendiri. Ketika melihat sesi latihan dalam diari aku agak risau kerana dia banyak mengikut adlib R.Kelly tetapi ternyata dia menunjukkan sesuatu yang baru pada konsert malam ini. Lagu ini kembali menjadi segar. Di nota tinggi vokalnya juga transform seiring dengan ekspresi rasanya sehinggakan aku lupa seketika adakah ini Hafiz. Meremang bulu roma. Walaupun ada ketika suara terkucil tetapi boleh dimaafkan. Terima kasih juga atas bantuan teknikal. Pencahayaan yang membangkitkan mood.
  • Nota: Hafiz sesuai dengan lagu-lagu inspirasi dan uplifting yang bernada tinggi. Kekuatan vokalnya saja sudah mampu mempesonakan penonton tanpa aksi-aksi gimik tambahan terjun pentas, main kerusi mahupun mop lantai.

MENUJU PUNCAK

  • Aku takjub dengan persembahan Menuju Puncak minggu ini. Mungkin juga kerana tinggal 4 orang lagi koreografi dan aksinya lebih jelas dan terang. Ending yang Superb! Aku rasa koreografi AF7 adalah yang terbaik sepanjang sejarah AF. Iringan vokal pun rasanya kebih kemas dan padu. Kekalkan cikgu Aris tahun depan!

AFMASUK

  • Tahniah Aril. Walaupun aku tidak setuju dengan konsep dan ketidakadilan AFMASUK, tapi apa boleh buat sudah ini keputusan mereka. Good Luck sajalah kepada peserta shortcut ke final ini. Nasib baik tiada penyingkiran. KALAU TIDAK...
  • Nota: Disebabkan tiada penyingkiran pada minggu ke 9 ini, adakah undian buat 4 pelajar tersebut akan dibawa ke minggu akhir? Memang keji kalau undian direset semula, satu penganiayaan buat pengundi tegar.


*Kedudukan pelajar sebelum undian ditutup:

YAZID – 32%
HAFIZ – 28%
ISMA - 25%
AKIM – 16%

*Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:

HAFIZ – 34%
ISMA** AKIM - 25%
YAZID – 22%
AKIM** ISMA – 18%

**edited 11am: pembetulan ralat selepas rujukan semula.

*Kedudukan pelajar undian AFMASUK setelah undian ditutup:

ARIL - 52.45%
AISHAH - 26.6%
ZIZI - 6.87%
SIDI - 5.84%
CLAUDIA - 4.59%
QHAUD - 1.71%
RINI - 0.86%
RUBISA - 0.48%
OBRI - 0.34%
ADILA - 0.26%

*Sumber: http://www.astro.com.my/AkademiFantasia

Kredit foto: ASTRO, http://mstar.com.my, http://www.klubbkidd.com