Showing posts with label AFMASUK. Show all posts
Showing posts with label AFMASUK. Show all posts
Posted on Thursday, May 14, 2009

Undian Reset Konsert AF7 Minggu ke 9: Petisyen untuk ASTRO

Kepada para peminat Akademi Fantasia musim ke 7, Sila ke SINI untuk menyokong petisyen ini. Luahkan rasa anda diruangan komen di bawah petisyen tersebut sebagai tanda sokongan.

Keji! Itu perkataan pertama yang tercetus dibenakku bila mendapat berita ini. Apa yang aku risaukan telah menjadi kenyataan. ASTRO telah sekali lagi mempersendakan pengundi-pengundi AF7 yang setia menyokong rancangan itu.

Untuk pengetahuan para peminat Akademi Fantasia yang masih belum mengentahui, segala Afundi kalian kepada Hafiz, Akim, Isma dan Yazid telah di reset kembali setelah tamat konsert dan tidak di bawa ke hadapan walaupun tiada penyingkiran.

Ini bagaikan satu rompakan siang oleh pihak astro yang semakin jelas mempunyai agenda tertentu pada musim ini. Aku ingatkan aku boleh tenang sementara menanti AF berakhir tetapi ada saja provokasi yang meracun ketenteraman jiwa.

Ya. Mungkin ada yang sudah menjangka tiada penyingkiran dan tidak perlu gigih mengundi pada minggu tersebut. Tetapi aku rasa kebanyakan yang mengundi bukan risaukan pelajar kegemaran mereka tersingkir tetapi untuk memastikan pelajar tersebut mendapat lebihan undian yang akan dibawa ke minggu akhir yang seterusnya dapat memberi saingan sengit kepada pelajar jalan pintas yang akan terpilih melalui AFMASUK.

Petisyen di atas adalah untuk meminta ASTRO menambahkan semula kesemua undian konsert ke 9 kepada empat pelajar tersebut demi keadilan kepada para pelajar yang bersusah payah menempuhi segala cabaran minggu demi minggu untuk terpilih ke konsert akhir. Juga keadilan kepada para pengundi mereka yang gigih memastikan pelajar pilihan mereka terus kekal.

Kepada yang ingin tahu lebih lanjut dan jelas tentang kebatilan ini sila ke http://badrulaftersix.blogspot.com

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kedudukan pelajar seperti yang disiarkan di dalam Diari AF malam tadi:

1 = YAZID

2 = HAFIZ

3 = ARIL

4 = AKIM

5 = ISMA

Kredit foto: http://www.klubbkidd.com


Posted on Sunday, May 10, 2009

Ulasan Konsert AF7, Minggu ke 9

konsertlogoJangkaan aku sangat tinggi minggu ini. Aku mengharapkan sebuah persembahan yang lebih meletup dari setiap pelajar berbanding minggu-minggu sebelumnya kerana aura pra juara seharusnya perlu ditonjolkan oleh setiap dari mereka tetapi hanya 2 pelajar bagi aku benar-benar menunjukkan kesungguhan dan peningkatan pada malam tadi. Berikut adalah ulasan aku mengikut rasa dan interpretasi aku sebagai penonton di rumah.

LAGENDA – Akim, Hafiz, Isma, Yazid

  • Aku tak faham, dalam banyak-banyak lagu yang telah dicipta untuk seorang ibu, lagu ini juga dipilih sebagai lagu tema sempena menyambut Hari Ibu versi AF7. Tak perlu aku senaraikan setiap lagu bertema ibu. Aku rasa kalian semua mesti tahu dan punya lagu kegemaran bukan? Sudahlah terpaksa ditukar lirik. Sesuatu yang tak perlu dilakukan jika hanya memilih lagu khas dedikasi untuk Ibu. Pendek kata lagu ini tidak langsung memberi kesan kepada aku. Yang cuma buat aku tersentuh adalah mimik tangisan dari Akim, itu saja.

isma1 ISMA – Aku Pasti Datang & Hot and Cold

  • Pada pusingan pertama, seperti biasa Isma berjaya membosankan aku. Tiada rasa, tiada apa-apa faktor yang bikin aku teruja. Malah aku merasakan persembahan ini sangat panjang sampaikan tak sabar menanti ia berakhir.
  • Dia hampir menebus kembali kekecewaan persembahan pusingan pertama tadi tetapi faktor-faktor tambahan mengganggunya seperti kasut tumit tinggi itu. Hampir-hampir tergelincir. Nasib baik. Elemen yang boleh dibanggakan cuma koreografi persembahan lagu ini. Dari segi vokal tiada apa yang menarik mungkin Isma tidak mampu multitask diantara mengingati langkah tari dan mengimbangi badan dengan kasut itu. Sebutan Bahasa Inggeris juga tidak jelas dan lemah.
  • Nota: Walaupun tidak meminati Isma tetapi aku simpati kerana merasakan seolah Isma diperdajalkan minggu ini kerana para pelajar lain mendapat lagu-lagu forte mereka dan mesra telinga tetapi Isma diberi lagu-lagu yang dia tidak familiar bersama koreografi mencabar.


yazid 1 YAZID – Where The Street Have No Name & Aku Skandal

  • Seperti biasa sebutan Bahasa Inggeris yang tidak jelas dan lemah.Aku rasa dari awal persembahan itu amatlah tidak perlu melainkan untuk show off semata. Tiada tujuan kerana sejurus jejak ke bawah dia kembali naik ke pentas. Aku sangkakan dia ingin membuat intro di bawah . Terlalu banyak pergerakan sehingga aku tidak dapat hayati nikmat lagu tersebut.
  • Untuk persembahan kedua, tidak dinafikan Yazid mempunyai vokal yang bagus tetapi ekspresi wajahnya terlalu bersahaja dan selamba. Bukan bersahaja yang berkarektor tetapi bersahaja kosong. Tiada rasa.
  • Nota: Aku tertanya-tanya apakah Yazid mampu membawakan lagu Inggeris jika bukan dari pilihan lagu-lagu kegemarannya?


akim1 AKIM – I’m Yours & Larut

  • Selain Hafiz, Akim adalah antara pelajar AF7 yang bagus sebutan nyanyian Bahasa Inggerisnya walaupun tidak begitu fasih. Kelebihan bagi lagu I’m Yours adalah ini lagu kegemarannya dan selalu dinyanyikan di setiap pertandingan nyanyian yang disertainya sebelum ini. Dari segi vokal, agak lemah lontanrannya minggu ini disebabkan terlalu banyak berlatih barangkali. Agak terjejas suaranya lebih-lebih agi di note tinggi. Penguasaan pentas yang bagus. Imej seorang penghibur jelas kelihatan bersama gitarnya. Sebuah persembahan yang amat membanggakan dan saya setuju malam ini merupakan yang terbaik dari Akim.
  • Aku terlupa terus yang lagu Larut ini adalah lagu dari Dewa19. Mungkin kerana aku tidak familiar dengan lagu ini tetapi mungkin juga kerana Akim begitu menyakinkan di pentas seolah lagu ini dia yang punya. Aksinya seolah sedang make love dengan Mic stand itu sangat sensual hinggakan hilang konsentrasi seketika untuk menghayati lagu ini.
  • Nota: Nampaknya makin kerap pula pelajar beraksi turun pentas . Terasa klise pula. Aku demand sesuatu yang baru. Selain itu aku rasa Akim seorang yang pandai berstrategi. Dia berjaya mencuri peluang dan memancing perhatian bekas pengundi-pengundi Aishah.

hafiz1 HAFIZ – Laskar Pelangi & I Believe I Can Fly

  • Laskar Pelangi aku rasakan sebuah lagu picisan bagi Hafiz. Dia terlalu besar untuk lagu ini. Terima kasih kepada kanak-kanak yang membantu menceriakan pentas. Tanpa mereka mungkin persembahan menjadi membosankan. Tiada komen berkenaan lontaran vokal. Sememangnya Hafiz punya tona suara yang lazat.
  • SAVE THE BEST FOR LAST! Aku bangga dengan Hafiz kerana berjaya tafsirkan lagu ini dengan gaya dan cara tersendiri. Ketika melihat sesi latihan dalam diari aku agak risau kerana dia banyak mengikut adlib R.Kelly tetapi ternyata dia menunjukkan sesuatu yang baru pada konsert malam ini. Lagu ini kembali menjadi segar. Di nota tinggi vokalnya juga transform seiring dengan ekspresi rasanya sehinggakan aku lupa seketika adakah ini Hafiz. Meremang bulu roma. Walaupun ada ketika suara terkucil tetapi boleh dimaafkan. Terima kasih juga atas bantuan teknikal. Pencahayaan yang membangkitkan mood.
  • Nota: Hafiz sesuai dengan lagu-lagu inspirasi dan uplifting yang bernada tinggi. Kekuatan vokalnya saja sudah mampu mempesonakan penonton tanpa aksi-aksi gimik tambahan terjun pentas, main kerusi mahupun mop lantai.

MENUJU PUNCAK

  • Aku takjub dengan persembahan Menuju Puncak minggu ini. Mungkin juga kerana tinggal 4 orang lagi koreografi dan aksinya lebih jelas dan terang. Ending yang Superb! Aku rasa koreografi AF7 adalah yang terbaik sepanjang sejarah AF. Iringan vokal pun rasanya kebih kemas dan padu. Kekalkan cikgu Aris tahun depan!

AFMASUK

  • Tahniah Aril. Walaupun aku tidak setuju dengan konsep dan ketidakadilan AFMASUK, tapi apa boleh buat sudah ini keputusan mereka. Good Luck sajalah kepada peserta shortcut ke final ini. Nasib baik tiada penyingkiran. KALAU TIDAK...
  • Nota: Disebabkan tiada penyingkiran pada minggu ke 9 ini, adakah undian buat 4 pelajar tersebut akan dibawa ke minggu akhir? Memang keji kalau undian direset semula, satu penganiayaan buat pengundi tegar.


*Kedudukan pelajar sebelum undian ditutup:

YAZID – 32%
HAFIZ – 28%
ISMA - 25%
AKIM – 16%

*Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:

HAFIZ – 34%
ISMA** AKIM - 25%
YAZID – 22%
AKIM** ISMA – 18%

**edited 11am: pembetulan ralat selepas rujukan semula.

*Kedudukan pelajar undian AFMASUK setelah undian ditutup:

ARIL - 52.45%
AISHAH - 26.6%
ZIZI - 6.87%
SIDI - 5.84%
CLAUDIA - 4.59%
QHAUD - 1.71%
RINI - 0.86%
RUBISA - 0.48%
OBRI - 0.34%
ADILA - 0.26%

*Sumber: http://www.astro.com.my/AkademiFantasia

Kredit foto: ASTRO, http://mstar.com.my, http://www.klubbkidd.com


Posted on Sunday, May 03, 2009

Ulasan Konsert Akademi Fantasia, Minggu ke 8

Buat julung-julung kalinya aku ingin membuat ulasan Konsert Akademi Fantasia di blog ini. Sebelum ini segala ulasan santai dan hiburan aku luahkan di blog Alter Ego kerana aku rasakan blog ini terlalu serius untuk Akademi Fantasia. Kali ini aku terpanggil untuk menulis di sini mungkin kerana tema Teater Muzikal yang sesuai dengan jiwa dan minat aku.

Sebelum itu aku ingin sentuh fasal AFMASUK. Memang aku sudah agak akan ada pengumuman gimik ini pada minggu ni. Tambahan pula bila melihat Principal Tiara yang konon terkejut tak tentu hala ke sana ke mari lalu mengumumkan mandatnya sebagai Pengetua dengan memberi peluang undian AFMASUK untuk bekas pelajar yang kandas.

Semua ini telah dijangkalah wahai principal! Tak perlu lakonan-lakonan murahan sebegitu. Bukankah lebih mudah jika diberikan saja AC umumkan. Rakus mencuri air time berdrama sampaikan Claudia dan Aishah pun tidak diberi peluang berucap langsung walhal masa masih panjang lagi. Keji!

Bagi aku AFMASUK ini tidak memberi apa-apa makna melainkan untuk menguntungkan ASTRO semata. Ini tidak termasuk penafian terhadap komitmen para penyokong yang bertungkus lumus memastikan idola mereka kekal, pencabulan hak dan ketidakadilan kepada pada para pelajar yang masih kekal yang mana mereka terkurung di dalam Akademi, sudah tentu tidak punya kelebihan seperti bekas pelajar yang bakal di AFMASUK yang berpeluang untuk merancang strategi dengan para penyokong dan kaum keluarga mereka. Kredibiliti AF semakin korup!

Baiklah, Berikut adalah ulasan aku menurut urutan persembahan. Perlu diingatkan selera kita tak mungkin sama. Mungkin pada kacamata, selera dan interpretasi aku berbeza dengan kalian. Jadi, terimalah seadanya ya.

DEWA PERANG – Semua Pelajar

(Maaf, ulasan akan disambung nanti. Penulis tiba-tiba mengalami kecelaruan emosi)

----------------------------------------Edited 03/05/2009 19:45pm---------------------------------------------

Aku mengambil keputusan tidak akan membuat ulasan tentang persembahan para pelajar atas rasa hormat dan kekaguman aku atas pengorbanan, keazaman, kesugguhan dan komitmen tinggi yang ditunjukkan mereka.

Dalam hanya kurang dari seminggu mereka dapat mempamerkan satu persembahan yang amat membanggakan. Bayangkan mereka perlu beraksi dalam pelbagai koreografi, berlakon, menari, menyanyi pada masa yang sama. Disebabkan ini, jika ada segala kekurangan dan kekhilafan dalam persembahan aku sedia lupa dan maafkan.

Kedudukan pelajar sebelum undian ditutup:
YAZID – 29
ISMA - 27
HAFIZ – 15
AKIM – 10
AISHAH – 9
CLAUDIA – 9


Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:
YAZID – 22
HAFIZ – 21
ISMA - 20
AKIM – 14
AISHAH – 13
CLAUDIA – 11

Berikut merupakan antara gambar-gambar aksi menarik para pelajar AF7 semasa konsert semalam. Kredit pada Joe Lee@Klubbkidd. Untuk menikmati lebih banyak gambar-gambar menarik sepanjang konsert sila ke blog beliau di http://www.klubbkidd.com.

*Klik pada gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Kredit foto: mstar.com.my, klubbkidd.com