Showing posts with label trauma. Show all posts
Showing posts with label trauma. Show all posts
Posted on Saturday, March 21, 2009

Trauma Cinta Pertama - Part 2

Gadis itu aku kenali semasa diterima bekerja di sebuah syarikat telekomunakasi selepas tamat SPM. Kumpulan kami merupakan pioneer untuk sebuah department yang ketika itu yang bertempat di sebuah taman perindustrian di Shah Alam.

Semasa sesi orientasi dan latihan tiada apa-apa perasaan yang timbul. Dia pula tidaklah terlalu cantik dan tidak pula sebaliknya. Sedang-sedang sahaja.

Setelah mula bekerja sedikit demi sedikit perasaan itu muncul. Ini mungkin disebabkan dia selalu mendampingiku dan mengambil berat padaku. Disamping teman-teman sekerja yang kerapkali mengendengkan kami.

Dengan erti kata lain aku tidak memulakan perhubungan itu. Aku masih naif dan innocent. Maklumlah budak kampung yang baru berhijrah ke bandar.

Lama-kelamaan perasaan berbunga muncul dalam diriku. Aku tidak pernah mengalami perasaan sebegini indah. Semasa sekolah dahulu bukannya aku tidak pernah bercinta tetapi hanyalah cinta monyet yang bagiku sekadar picisan, tiada makna. Kali ini aku rasakan berlainan sekali. Lalu aku sedari aku telah jatuh cinta. My real first love.

Ia datang secara semulajadi. Entah bagaimana aku dah pandai pula berjiwang. Sekarang bagiku hanya dialah gadis yang paling cantik di dunia. Segala-gala tentangnya baik dan manis belaka. Seluruh jiwa dan perasaan ku serahkan padanya sehingga tiada satu pun ku simpan untuk diri sendiri. Hanya dia yang paling penting dan berharga dalam dunia.

Ini mungkin salah satu kesilapanku..menyayangi orang lain lebih dari diri sendiri. Sehinggakan aku rasakan seolah dia pelengkap diriku. Aku rasa incomplete tanpanya. Jika dia tidak bersamaku aku lebih rela tidak keluar, hanya memerap di rumah. Hidupku tidak lagi kujalani sepertimana aku solo dahulu. Begitu setia hinggakan tidak pandang, tidak fikir dan tiada gelora nafsu langsung pada gadis lain walau secantik manapun mereka.

Aku mula serius merancang masa depan. Sudah nekad mahu dia bertakhta menjadi permaisuri hidupku. Aku telah bercerita tentangnya pada ibu bapaku dan aku sudah merancang mahu melamarnya paling lewat pun ketika aku berumur 23tahun. Begitu cheesy sehinggakan nama-nama anak pun kami sudah rancang.

Cintaku padanya tidak pernah luntur walau seketika. Malah semakin mekar dari hari ke hari. Seluruh jiwa telahku serahkan. Tetapi mungkin tidak baginya. Lama kelamaan aku berasa kelainaan. Terasa rembesan kedinginan dari dirinya. Namun masih tidak ku jangka yang cinta yang ku tatang di ambang kemusnahan. Aku masih lagi bersangka baik.

Nantikan Part 3 coretan tentang bagaimana semuanya berakhir.

To be continued...


Posted on Monday, March 16, 2009

Trauma Cinta Pertama – Part 1

Cinta pertama sememangnya satu pengalaman yang tidak mudah dilupakan oleh majoriti dari kita. Rasanya ramai yang mengenang cinta pertama sebagai salah satu episod indah dalam hidup mereka.

Tidak bagi aku.

Cinta pertama bagi aku satu pengalaman yang telah merubah hidupku selamanya. Aku menjadi philophobia akibat dari cinta pertama ini. Traumanya masih dirasai sehingga kini. Aku memang secara hakiki seorang yang suka mengambil berat dan intim pada semua orang. Ramai yang menyalahertikan kemesraan yang aku tunjukkan seolah memberi hint yang aku meminati mereka.

Kekadang aku terpaksa back off dari hidup seseorang jika dia mula menunjukkan minat ingin menjadikanku lebih dari seorang kawan. Tetapi aku akan cuba dahulu berdiplomasi dengan cara berbincang dari hati ke hati dengannya supaya dia memahamiku.

Jika dia masih tidak dapat menerima hakikat aku terpaksa mengambil langkah drastik cuba membuatnya melupakanku atau paling ekstrim membenciku. Dengan cara ini aku telah menyelamatkannya dari menjadi mangsa cinta yang tidak pasti dia dapat kecapi dariku. Ramai lagi lelaki lain yang aku kira mampu membahagiakannya dengan cinta sejati.

Bukan aku menolak jodoh tetapi aku masih belum bersedia dan masih gentar untuk memulakan level baru dalam hidup yakni alam perkahwinan. Aku risau jika aku tidak ikhlas dalam perhubungan tersebut dengan menerima cinta atas dasar menjaga hati orang lain. Aku tidak mahu satu hari aku dipersalahkan jika cinta itu hancur di tengah jalan. Dari menyeksa hati, perasaan dan harapan orang lain lebih baik aku sendiri...

Berbalik pada cinta pertama tadi..aku akan ceritakan bagaimana semuanya bermula..
Nantikan Part 2 coretan tentang trauma cinta pertama yang telah menjadikanku seorang manusia yang gentar pada cinta.

To be continued...