Buat masa ini aku sedang berada di KL atas urusan peribadi. Maaf kerana tidak dapat bertemu rakan-rakan blogger di sini. Bukan sombong, bukan tak sudi tapi aku perlu selesaikan dahulu misi dan azam aku yang telah tertangguh tahun demi tahun. Aku telah bernazar selagi misi tersebut belum tercapai, aku akan elak dari bersosial di luar.
Dengan erti kata lain ini bagaikan satu penggerak semangat aku untuk komited dan serius kali ini. Aku ingin sekali bertemu rakan-rakan blogger, jadi harus usaha keras untuk mencapai misi itu seterusnya dapatlah bertemu kalian semua akhirnya.
Target aku, diharapkan misi akan tercapai InsyaAllah sebelum oktober ini kerana aku telah menerima jemputan ke majlis perkahwinan salah seorang rakan blogger. Aku tidak sampai hati menghampakannya dan untuk itu aku perlu menggandakan usaha bagi membolehkan aku melihatnya sendiri bersanding di atas pelamin biru angannya.
oh ya..
Misi apa yang aku ghairah sangat uar-uarkan di atas? jumpa nanti akan ku ceritakan, hehe.
Malu dong ah!
