A journey long awaited.
Selamat Hari Raya AidilFitri
Salam Aidilfitri buat semua umat Islam, khususnya buat rakan-rakan dan follower blog coreyalias. Ku susun sepuluh jari mohon kemaafan jika sepanjang penglibatan seorang Corey Alias ini di dunia blog ini ada tercetus ketidakpuasan hati dan salah silap yang mungkin menyinggung kalian sama ada sedar atau tidak. Aku hanya manusia biasa yang tidak terlepas dari sebarang kekhilafan.
Maaf jua kepada rakan-rakan blog yang telah mendedikasikan e-kad buatkutetapi tidak sempat ku paparkan dan balas.. Ingatan tulus ikhlas kalian amat aku hargai. Cuma masa dan keadaan kebelakangan ini tidak mengizinkan aku untuk menumpukan perhatian sepenuhnya ke atas blog ini.
Semoga kalian semua menyambut kedatangan syawal ini dengan penuh ceria dan syukur bersama keluarga dan sahabat handai tercinta. Kepada perantau yang pulang berhari raya di kampung halaman, aku doakan selamat berangkat pulang ke desa dan selamat kembali ke Ibukota.
Semoga kita ketemu lagi…
Wassalam.
Musim menuai rumput dan lalang
Setelah dijaga sekian lama akhirnya masa sampai masa untuk menuai tapak semaian lalang dan semak samun yang semakin subur di halaman rumah.
Pada mulanya aku ingat mahu tebas sendiri tetapi kerap tertangguh dek kesuntukan masa, disamping kemalasan yang terkadang menerpa. Nak exercise konon. Harapan sajalah.
Terima kasih Rasheed, yang gigih membunyikan loceng basikalnya di luar gate membangkitkan aku dari lena. Pandai bangla ni mencari duit lebih di rantauan berbekalkan mesin rumput, penyapu dan basikal.
Terbang juga RM tapi puas hati. Barulah lapang mata dan minda.
Hmmm bolehlah buat barbecue nanti.
Kesibukan Maksima
Kebelakangan ini aku terlalu sibuk melayani kerenah dan tuntutan kehidupan sehingga tiada masa untuk menulis walhal banyak darinya boleh sahaja dijadikan material blog.
Akibat kekurangan masa untuk online, material tersebut akhirnya menjadi bahan basi, sudah tidak ghairah lagi untukku kongsi di sini. Adakalanya pula bersedia diluahkan tetapi ilham pula tiada untuk diterjemahkan di dalam bentuk penulisan.
*sigh*
Terkadang bilamana membaca entry gathering berbuka puasa di blog rakan-rakan timbul juga perasaan makan hati dan sedikit cemburu kerana tidak berpeluang/ tiada kelapangan / halangan komitmen peribadi.
Teringin untuk turut serta dan kembali bersosial seperti dahulu tetapi apakan daya…belum sampai masanya. Aku telah bertekad untuk lebih gigih melaksanakan komitmen yang masih belum selesai itu. Jadi, hendak tak hendak aku harus kuatkan diri dan bersabar.
Tidak lama lagi wahai rakan-rakanku…tidak lama lagi.
Kita pasti bersua jua akhirnya…