Showing posts with label penjelasan. Show all posts
Showing posts with label penjelasan. Show all posts
Posted on Tuesday, April 07, 2009

Penjelasan untuk kisah Trauma Cinta Pertama

Setelah mendapat komen berbisa dari Ratu Kerajaan Putus Fius, Cik Nazaitul Nadia @ Cik SesuciQiellah yang rupawan itu aku terpanggil untuk membuat penjelasan tentang kisah Trauma Cinta Pertama aku. Terima kasih Cik Qiellah atas komen yang bernas, tegas dan berguna itu. Aku sangat gemar dan menghargai insan yang outspoken seperti ini.

Mungkin ada yang baru mengikuti kisah ini yang missed out my earlier statement. Memang kisah tersebut kisah benar yang pernah aku alami dahulu tapi bukanlah kejadian yang baru berlaku. Ia berlaku semasa aku berumur 18/19 tahun iaitu lebih kurang 15 tahun yang lampau. Jadi jika ada perlakuan dungu atau sesat yang aku lakukan tidak mencerminkan diri aku sekarang.

Memang asalnya aku agak berbelah bagi untuk menceritakan kembali kisah perit itu tetapi aku gagahi juga kerana mungkin ada lagi insan naif di luar sana seperti aku dahulu yang memerlukan teladan dan mungkin boleh menjadikan kisah aku sebagai pengajaran apa akan terjadi jika terlalu ikutkan nafsu untuk sebuah cinta yang belum tentu ada penghujung bahagia.

Aku ketika itu baru saja mengenali cinta yang serius. Apabila tergadah aku tiada siapa ketika itu untuk aku luahkan. Semua tidak memihak kepada aku. Mungkin sebab itu jiwa muda dan naif aku tidak berfikir panjang.

Aku boleh saja edit dan merahsiakan apa jua perlakuan memalukan yang boleh menjatuhkan imej aku tetapi aku rasakan jika merahsiakan seumpama aku masih menafikan kekhilafan diri aku sendiri. Tiada siapa yang sempurna dalam hidup ini..

Setelah mengenang dan meluahkan kisah luka itu sekurang-kurangnya aku dapat mengurangkan kapasiti lara berlebihan dalam jiwa aku. Aku juga walaupun gentar pada cinta tapi masih ada keinginan suatu hari nanti untuk berkeluarga, mempunyai seorang wanita yang dapat bersama menagih cinta. Mana tau kalau-kalau setelah bebanan trauma emosi ini dapat dikurangkan, hati aku dapat kembali pulih untuk menerima sebuah cinta…

InsyaAllah

P/s: Well B-boy, now you know. Apa yang boy nak tahu sudah terjawab hehe