Showing posts with label Hari Wanita. Show all posts
Showing posts with label Hari Wanita. Show all posts
Posted on Sunday, March 08, 2009

Selamat Hari Wanita Sedunia

Tadi aku ziarah blog aWeKCLunK. Baru aku sedar hari ni, 8 mac adalah Hari Wanita Sedunia. Terima kasih Haliza atas inspirasi ini!

Oleh itu, dikesempatan ini sebelum 8 mac berlalu aku ingin ucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua wanita, perempuan dan gadis yang pernah, sedang dan akan aku kenali dalam hidupku. Tak kira samaada yang pernah dan bakal meluka atau menceriakanku.

Semua aku hargai kerana tanpa kalian mungkin aku masih naif. Pahit, manis yang aku kecapi dari kalian mendewasakan aku. Terima kasih!

Dan anugerah utama Hari Wanita ini aku serahkan pada Ibu ku, Hajah Hamidah bte Che Man yang selama berpuluh tahun berkorban dengan penuh ikhlas dan sukarela dalam membesarkanku dan empat lagi anak-anaknya. Memang sungguh besar jasa dan budi yang telah dicurahkan sampaikan aku rasa seolah tidak mampu membalasnya. Semoga kami dipanjangkan umur untukku terus membahagiakannya dan untuknya terus merasa siraman kebahagiaan dariku.

Mak.. you are my Superwoman. The greatest one.

Aku tidak mungkin dapat membenci seorang yang berjantina wanita walau sekejam mana seorang wanita itu menyiksaku.

Semuanya disebabkan Ibuku juga seorang wanita..


p.s- Lawati blog aWeKCLunK a.k.a Haliza di sini untuk puisi dedikasi buat para wanita.