Showing posts with label januari. Show all posts
Showing posts with label januari. Show all posts
Posted on Friday, January 30, 2009

HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!

Another day without Love..

Semasa aku menaip ni jam telah melewati 12.20am. Menandakan usia aku telah meningkat 1 angka lagi. Setelah refleksi diri aku sedari banyak lagi yang aku belum accomplish dalam hidup aku. InsyaAllah jika umurku panjang, aku akan capai apa yg aku impikan sebelum umurku bertambah satu angka lagi.

Semalam aku agak tersentak semasa online ym bilamana adik angkatku yang aku kenali sejak dia belasan tahun lagi memberitahuku tak lama lagi dia akan menamatkan zaman bujangnya. Sekali lagi aku mengalami Time Lag (Dalam post masa depan aku akan terangkan apa itu time lag pada tafsiran aku).

Aku rasa amat cemburu begitu mudahnya dia bertemu cinta dan mencapai hasrat melangsungkan perkahwinan walaupun umurnya baru mencecah 21 tahun.

Tapi aku...

Aku masih sendiri tanpa cinta..masih gentar untuk memembuka hati ini.
Kenapa aku masih begini? Akan aku ceritakan next time bagaimana ianya bermula.

Tata