Posted on Friday, September 25, 2009

A journey long awaited.

Hello readers.

It's been quite a while since my last post here. I guess I owe Corey an apology for not writing even though he personally requested that I write about my trip to Europe. So here I am, finally found the mood to write. I've been very busy with school.

On July 11, 2009 I departed from the LCCT on a flight bound for Stansted, London, England. It was the second time I went to the United Kingdom in 1 year. I went once, last year on 27th September, a few days before Eid. However, last year I went to Glasgow, Scotland for a 5-day conference. It was the International Astronautical Congress (this year's IAC is going to be held in Korea). I was basically alone for 8 days. Celebrating eid on my own. Well, I didn't celebrate at all. I had to go for the conference since my trip was fully sponsored by my scholarship provider. Anyway, I was saving my money for almost a year for this latest trip to come true. Makan biskut gula memanjang. I paid for my own expenses this time around. And I went on a journey to a land 16600km away all by myself again.

Picture taken due to boredom.

Last year, I flew with Emirates with a transit for 3 hours in Dubai before I continue my journey to Glasgow International Airport (GLA). This time around, I flew with AirAsia X. A 14-hour direct flight KUL-STN. Sakit bontot oi. The food sucked and there was no entertainment. Well, you get what you pay for. I paid MYR 1200.00 one way. I read that the aircrafts will only be fitted with built in entertainment system later this year (or early next year).

I was excited initially and up until a few hours after take-off. I almost died of boredom for the rest of the journey. By the time I landed in Stansted, it was 5 PM. I was greeted by my better half who then I haven't met in 10 months. Rindu gila okay. Let's just call her M. I had first freshen up, brushed my teeth and washed my face before I went out through the arrival hall. M was waiting for me at Costa (tak wujud kat Malaysia) and she bought me some hot chocolate and sandwich.

After almost an hour, we left Costa because I wanted to walk around the airport to kill time (we had to get on a bus around 8.30 PM). Walking pass an entrance, I felt the cold air that I had missed SO much. It was really refreshing and it certainly brought back memories from the last trip to UK. Since it was in the summer, there was still light. The sun sets around 9 PM. Walking around, I realized that Stansted International Airport is at least twice as big as LCCT.

Airport entrance at the bus station.

While waiting for our bus, we sat on a bench just outside the airport and it was so freaking cold. Baru summer. My body felt feverish. My bus ride was on a mini bus heading for Victoria Coach Station. The journey took 2 hours with heavy traffic. Once there, we went straight into the station because it was raining and it was already dark. We then took a bus to Edinburgh, Scotland. And that was another 8 hours on my butt. Gila. Lenguh.

So yeah, that was all that happened on the first day of my trip. It was tiring but it certainly made the journey memorable. Stay tuned and I will tell you of my experience in Edinburgh, Paris and London :)

Till then.

-rahmanhashim


Posted on Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya AidilFitri

shr

Salam Aidilfitri buat semua umat Islam, khususnya buat rakan-rakan dan follower blog coreyalias. Ku susun sepuluh jari mohon kemaafan jika sepanjang penglibatan seorang Corey Alias ini di dunia blog ini ada tercetus ketidakpuasan hati dan salah silap yang mungkin menyinggung kalian sama ada sedar atau tidak. Aku hanya manusia biasa yang tidak terlepas dari sebarang kekhilafan.

Maaf jua kepada rakan-rakan blog yang telah mendedikasikan e-kad buatkutetapi tidak sempat ku paparkan dan balas.. Ingatan tulus ikhlas kalian amat aku hargai. Cuma masa dan keadaan kebelakangan ini tidak mengizinkan aku untuk menumpukan perhatian sepenuhnya ke atas blog ini.

Semoga kalian semua menyambut kedatangan syawal ini dengan penuh ceria dan syukur bersama keluarga dan sahabat handai tercinta. Kepada perantau yang pulang berhari raya di kampung halaman, aku doakan selamat berangkat pulang ke desa dan selamat kembali ke Ibukota.

Semoga kita ketemu lagi…

Wassalam.


Posted on Wednesday, September 09, 2009

Musim menuai rumput dan lalang

Setelah dijaga sekian lama akhirnya masa sampai masa untuk menuai tapak semaian lalang dan semak samun yang semakin subur di halaman rumah.

Pada mulanya aku ingat mahu tebas sendiri tetapi kerap tertangguh dek kesuntukan masa, disamping kemalasan yang terkadang menerpa. Nak exercise konon. Harapan sajalah.

Terima kasih Rasheed, yang gigih membunyikan loceng basikalnya di luar gate membangkitkan aku dari lena. Pandai bangla ni mencari duit lebih di rantauan berbekalkan mesin rumput, penyapu dan basikal.

Terbang juga RM tapi puas hati. Barulah lapang mata dan minda.

Hmmm bolehlah buat barbecue nanti. Big Grin

Sebelum09092009374 

Selepas09092009375


Posted on Saturday, September 05, 2009

Kesibukan Maksima

Kebelakangan ini aku terlalu sibuk melayani kerenah dan tuntutan kehidupan sehingga tiada masa untuk menulis walhal banyak darinya boleh sahaja dijadikan material blog.

Akibat kekurangan masa untuk online, material tersebut akhirnya menjadi bahan basi, sudah tidak ghairah lagi untukku kongsi di sini. Adakalanya pula bersedia diluahkan tetapi ilham pula tiada untuk diterjemahkan di dalam bentuk penulisan.

*sigh*

Terkadang bilamana membaca entry gathering berbuka puasa di blog rakan-rakan timbul juga perasaan makan hati dan sedikit cemburu kerana tidak berpeluang/ tiada kelapangan / halangan komitmen peribadi.

Teringin untuk turut serta dan kembali bersosial seperti dahulu tetapi apakan daya…belum sampai masanya. Aku telah bertekad untuk lebih gigih melaksanakan komitmen yang masih belum selesai itu. Jadi,  hendak tak hendak aku harus kuatkan diri dan bersabar.

Tidak lama lagi wahai rakan-rakanku…tidak lama lagi.

Kita pasti bersua jua akhirnya…


Posted on Monday, August 31, 2009

MERDEKA!

31 Ogos kembali lagi. Bagi seluruh anak Malaysia pasti tidak akan melupakan tarikh keramat ini. Tarikh ini bukan sekadar hari cuti umum, bukan hanya peluang untuk berlibur sepanjang malam, bukan cuma detik penantian dentuman dan pancuran bunga api.

Inilah masa untuk kita refleksi kembali perjuangan Bapa-bapa nusa kita dahulu yang telah banyak berkorban menabur jasa untuk kita mengecapi kebebasan ini. Jangan disia-siakan anugerah pusaka ini.

Walau ada segelintir yang punya rasa tidak senang, Kenikmatan hidup di Malaysia, tanahair bertuah kita ini tidak mungkin dapat dibandingi. Sorotilah serata dunia. Adakala mungkin tercuit konflik tetapi kembali utuh tanpa tergadah.

Merdekakan minda, Jangan alpa. Silap langkah, negara tergadai. Maklumlah, Lumrah manusia apabila sudah kehilangan sesuatu barulah dikenang, dihargai.

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-52 buat seluruh warga Malaysia. Kibarilah Jalur Gemilang sebagai simbol kesetiaan dan kebanggaan kita sebagai anak Malaysia tercinta…


Posted on Sunday, August 30, 2009

iLoveMalaysia! REALLY?, Win iPHONE 3G..REALLY!

topBanner-iLoveM-quiz

topBanner-iLoveM

Mudah bukan soalan-soalan kuiz di atas? Sebagai rakyat Malaysia, bumi bertuah yang telah 52 tahun di anugerahi nikmat kemerdekaan ini sudah tentu tidak sukar menjawabnya.

rnw-iphone Anda boleh turut sama menyebarkan kempen iLoveMalaysia ini di blog anda. Klik banner REFER & WIN di atas atau di SINI. Dengan hanya mendaftar borang pendaftaran mudah anda juga berpeluang memenangi hadiah utama berupa iPHONE 3GS melalui cabutan bertuah yang akan di pilih oleh pihak Exabytes secara rawak.

Selain dari itu, hadiah saguhati berupa External Hard disk rnw-wd Western Digital My Passport Essential 320GB turut bakal dimenangi oleh 10 pemenang terpilih.

Oh ya! JANGAN LUPA.. di dalam ruang Referrer's Email borang pendaftaran tersebut masukkan emailku brocorey@gmail.com. Manalah tau rezeki kita sama-sama bertuah dapat memenangi iPHONE 3GS :)

Tetapi yang paling penting, kita dapat turut sama terlibat dalam menyebarkan kempen iLoveMalaysia ini. Motif dan niat utama kempen ini sebenarnya adalah untuk mengembangkan semangat kecintaan terhadap negara kita, Malaysia yang tercinta. Hadiah hanya sekadar bonus.

Selamat menyambut Hari kemerdekaan yang ke 52.

MERDEKA!

P.S Entry ini akan kekal dalam sticky mode sepanjang kempen iLoveMalaysia ini. Lunsur ke bawah untuk membaca entry baru.


Posted on Saturday, August 29, 2009

Syukur Alhamdulillah…

alhamdulillah

Sepanjang hari aku resah, risau, tidak keruan disebabkan awal pagi tadi aku dikejutkan oleh satu panggilan dari kampung. Ibuku yang berada di Tanah Suci menelefon adik iparku di Perak memberitahu yang beliau kehilangan beg berisi segala dokumen penting termasuk wang tunai. Aku kaget kerana memang risaukan kejadian sebegini akan berlaku.

Aku jadi buntu apa tindakan dan peranan perlu aku usahakan dari sini kerana hari ini hari dan esok adalah hujung minggu dan Isnin pula cuti 31 Ogos, sudah tentu Bank dan pusat khidmat yang diperlukan tidak beroperasi.

Aku hanya mampu berdoa semoga Ibuku dipelihara dan dipermudahkan urusannya di sana kerana beliau hanya akan pulang pada Hari Raya kedua nanti.

Tetapi Alhamdulillah baru sebentar tadi adik iparku memberitahu yang beg ibuku telah dijumpai semula tanpa diusik kandungannya. Aku menarik lafaz lega dan syukur kehadrat Ilahi.

Mungkin ini dugaan dan ujian untuk menguji ketabahan ibuku di sana. Aku difahamkan beliau tidak tidur semalaman berdoa dan solat untuk diberikan petunjuk.

Semoga Ibuku terus terpelihara di sana dan dapat meneruskan ibadah dengan tenang dan khusyuk sehinggalah kami dipertemukan semula di KLIA pada Aidilfitri kedua nanti.

InsyaAllah.


Posted on Monday, August 24, 2009

Coretan Hidup Ummi: Kisah Kelahiran dan Kehilangan Cahayamata Pertama


Assalamualaikum wbt semua! hope sumenye dlm keadaan sihat walafiat disamping menjalani ibadah puasa yg masuk hari yg ke 3...insyaallah dipermudahkan segala amalan2 dan napsu2 tu ek....ekeke

Dikesempatan ini, saya ingin mencoretkan kisah arwah anak2 saya di blog COREYALIAS ini...semoga roh anak2 ku dicucuri rahmat hendaknye...amin...

Kejadian berlaku tahun 1999

Selepas usia perkahwinanku memasuki 6 bulan aku telah disahkan mengandung..syukur alhamdulillah! akhirnya dapat juga aku menjadi seorang ibu dan memiliki cahayamata ku sendiri...sampaikan bila suami ku dpt tau teros botakkan rambut (wlpon rambut mmg da ciput je kekdahnye)... Seperti biasa aku tidak mengalami alah @ morning seaknes spt ibu2 yg mengandung..sbb tu sekiranya org berkongsi pengalaman loya2 time mengandung aku hanya boleh membisu saje...hehe mmg xde pengalaman langsung...

Alhamdulillah jugak aku bersyukur kepada ALLAH swt kerana sepanjang aku mengandung tidak byk karenah yg perlu suami aku layani...dari segi pemakanan atau dari segi perangai...dan perut & baby aku juga ngap saje apa yg dimakan...

Pada suatu hari, usia kandungan baru menjangkau 6bln dan seingat aku, aku bermalam dirmh ibu ku dan ketika itu arwah nenek ku masih ada DCC. Tetiba, pd pukul 2pagi aku rasa nak buang air besar dan tanpa mensyaki apa2 terus jek aku ke toilet bagi meneruskan hajat nk buang air bersar...akan tetapi aku dapati ada setitik darah merah di spender yg aku pakai...

Hati berasa hairan...dan berfikir mungkin aku banyak bergerak atau aktif sebab tu darah keluar...tp tiada tanda sakit apa...aku diamkan sahaja dan trus sambung tidurku spt biasa. Dengan tetiba mata ku tak boleh lelap dengan sempurna kerana aku rasa macam sakit perot sekejap dia dtg sekejap sakit tu hilang. Al maklumlah aku tiada pengalaman org bersalin, rupe2nye itu tanda nk bersalin...

Teros je aku kejutkan suami DCC & panggil nenek untuk melihat keadaan aku yg bdn da rasa seram2 sejuk saje.. terus nenek bgtau pada aku ni tanda2 nak bersalin..aku berasa hairan..ishhh tak mungkin coz kandungan baru jek 6bln....tnpa berlengah teros jek nenek aku suruh kemas2 barangang baby & segala keperluan yg perlu dibawa..dlm perjalanan ke hospital rase sakit tu makin kerap dan sekerapnye...

Sampai sahaja di hospital, teros aku dibawa ke bilik bersalin.. dan bila doctor sudah periksa kad & usia kandungan aku teros jek doktor beritahu kemungkinan baby aku tak akan hidup kerana usianye baru 6bln dan organ2 dalaman masih belom cukup kuat utk baby aku bernafas & hidup di bumi ini.

Masa tu aku tak berapa sedih sgt kerana menahan sakit yg amat sgt...dah tiba masanya aku pun melahirkan baby boy dan aku hanya sempat mendengar sedikit & sekejap saja tangisan baby boy aku ...hanya beberapa saat sahaja dan trus dia kembali kepada ALLAH swt...dan sempat gak doctor tunjukkan aku baby boy tp aku xsempat nak memeluknye kerana dia sudah meninggal dunia kerana sebab2 yg aku katakan tadi dimana organ dalamannye masih belom berfungsi dengan normal...

Selepas sahaja bersalin dan dibersihkan para nurse trus tolak aku menggunakan kerusi roda ke katil yg telah disediakan..lepas sahaja aku melepasi pintu bersalin..suami aku terus meluru padaku..dan pada masa ini lah dengan tiba2 aku tidak dapat menahan kesedihan dan trus jek menangis semahu2nya...suami ku pun turut sama merasai apa yg aku rasa...

Sehingga kan aku terpaksa dipapah ke katil kerana badan aku rasa longlai sgt dan sedey apa yg berlaku...dan aku mengambil pendekatan tuk merehatkan diri sementara suamiku menguruskan jenazah anakku...sekiranya makin aku ingat makin kuat aku menangis...jd pendekatan mudah aku terus je tido dlm kesedihan...YA ALLAH swt aku pasrah dan redha dengan ujian MU ini...tabahkanler hatiku dan juga suamiku dlm menempuhi dugaan MU ini.

Alhamdulillah pengebumian anak aku selamat dijalankan dan aku turut sedih tak dapat melihat jenazah tuk kali terakhir. Dari makluman ibuku mengatakan bahawa anak aku cukup segala sifat dan orgnye tinggi macam suami ku dimana jari jemarinya pjg2 belaka.

Dan aku dan suami bersetuju untuk menamakan anak aku dengan nama MUHAMMAD ADAM. Dan untuk makluman semua sekiranya anak aku masih hidup umurnye skarang 10 tahun. Dah besar panjang agaknye kan..tp ada hikmah di sebalik kejadian, aku serta family yg lain redha dengan takdirNYA...

AL FATIHAH buat anakku.......amin

Ummi Yang Chik

Posted on Friday, August 21, 2009

Marhaban Ya Ramadhan

salamramadhan

Salam Ramadan Al-Mubarak 1430H kepada umat Islam di seluruh dunia dan pembaca blog coreyalias khasnya. Alhamdulillah kita telah sampai lagi di bulan mulia lagi penuh keberkatan ini.

Semoga kita berjaya menjalankan ibadah puasa dengan penuh khusyuk dan diberkati Allah. Disamping sentiasa dianugerahi kesihatan dan khudrat berpanjangan bagi melaksanakan amal ibadat yang sudah pastinya akan dikurniakan pahala berlipat kali ganda di bulan ini.

Tidak lupa juga keutuhan rohani untuk mampu bersabar dari segala ujian mendatang dan dikuatkan iman bagi menahan godaan hawa nafsu.

Amin

Kredit khat: http://arabiccalligraphy.files.wordpress.com


Posted on Wednesday, August 19, 2009

Happy Birthday Rizz!

Dalam keghairahan melayani kesibukanku yang kian bercambah, baru aku teringat hari ini merupakan hari lahir rakan bloggerku, Mr.Rizz. Seperti kebanyakan rakan blogger yang lain, aku belum pernah bepeluang bertemu di luar tetapi dia adalah salah seorang rakan maya yang aku selesa berhubung. Semoga dapat ketemu jua satu hari nanti.

Sesiapa yang belum dan ingin mengenali lelaki ini secara lebih intim sila terjahi blognya di http://rizzirhamy.blogspot.com

HAPPY 23rd BIRTHDAY, RIZZ!

Moga segala yang terbaik akan menjadi milikmu…

PS: 23 ke?

Tongue


Posted on Friday, August 14, 2009

Ustaz Asri Rabbani pergi tak kembali…

Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun.

DSC_7715

USTAZ ASRI

3 Ogos 1969 ~ 13 Ogos 2009

Belum kebah lagi helaan hiba kita, semalam seorang lagi insan yang kita tidak jangka akan meninggalkan kita terlalu awal, telah kembali ke Rahmatullah. Mengejutkan. Sesungguhnya kematian itu memang pasti.

Setiap insan pasti akan merasainya tanpa dicari dan diduga bila kerana itu telah termeteri sejak di Loh Mahfuz.

Terkenang lirik lagu nasyid Rabbani yang Allahyarham sendiri cuba mengingatkan kita tentang kematian yang pasti akan datang:

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa


Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata


Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya


Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim


Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi


Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Al-Fatihah

signbw


Posted on Friday, August 14, 2009

Ibuku telah selamat pergi mengerjakan umrah

madinahAlhamdulillah. Terlaksana jua keinginan dan hasrat ibuku untuk mengerjakan umrah buat kali ke 3. Tetapi kali ini beliau pergi berseorangan tanpa ayahku yang telah pergi menemui Ilahi.

Ibuku Hajjah Hamidah binti Che Man telah berangkat bersama rombongan umrah pada pagi semalam (Khamis, 13 Ogos). Ibu akan berada di Makkah dan Madinah sehingga Aidilfitri.

Sehubungan dengan itu aku turut melangkah kaki kembali ke Kuala Lumpur walaupun berat hati. Seperti yang aku khabarkan dalam entry yang lepas aku akan menyambut Ramadan dan mungkin berhari raya di Kuala Lumpur.

Motif utamaku sebenarnya bukan untuk membawa diri. Disamping mengelakkan rasa hiba dan pilu dan tidak manis hanya tinggal berdua bersama adik ipar, aku di sini kerana ada urusan bisnes yang akan dimulakan Ramadan nanti, juga untuk bersiap sedia menanti dan menyambut kepulangan ibuku di KLIA pada Hari Raya kedua nanti.

Akhir kata aku minta jasa baik teman-teman semoga sekali lagi dapat bersama-sama mendoakan kesejahteraan ibuku di Tanah Suci.

Semoga Ibu sihat sepanjang berada di sana dan dikurniakan khudrat untuk menunaikan umrah dengan sempurna dan khusyuk. Semoga segala ibadah dan doa ibu diterima Allah.

Anakmu di sini akan menanti kepulanganmu dan InsyaAllah satu hari kita akan ke sana bersama-sama.

Amin.


Posted on Friday, August 14, 2009

~WaTiKaH JeMPuTaN~


(bunyi gendang besi.. kedegang... kedegung.. gung.. gung.. gunngggg... GEDEGANNNGGG!!!!)
PERHATIAN kepada sekalian penduduk. Yang mana tersirat di bawah, tersurat di atas. (Ehemm..ehemmm..) Dikhabarkan juga sekalian makhluk diceruk-ceruk belukar, di cerun-cerun belantara hatta di mana jua kalian berada. Pasangkanlah telinga, hidupkan lah suara, perkhabarkan kepada sekalian makhluk!!!

Dikhabarkan setelah diperkenankan bersama hentakan COP MOHOR DIRAJA NEGARA FUTUS FIUS. Diperkenan YANG MULIA TERLESUNG BATU SI RATU (sis QILA), patik sebagai suruhan Di-Raja mengisi kekosongan ini memaklumkan Majlis Birthday Party MENTERI KANAN FUTUS FIUS. (kakHEZE uolllssss)

Ditabal dan dititah memegang PORTFOLIO MENTERI JALAN-JALAN, YANG BERBAHAGIA kakHEZE bakal menganjurkan majlis itu seperti yang telah dilampirkan bersama:-

Tarikh: Sabtu (15 August 2009)
Tempat:
Kenny Roger's Subang Parade
Masa:
12pm~4pm
Makanan: Kek Sponsor (makanan lain tanggungan sendiri hokayy)
Wajib:
Hadiah!! muahahahaha

----kembali siriussss----

Dengan itu, seperti yang telah diperkenankan oleh SANG RATU, dan disahihkan oleh SANG MENTERI, maka di ajak keseluruhan rakyat memeriahkan majlis. Kepada meke yang mempunyai kelapangan masa diperkenankan supaya dapat menzahirkan majlis ini...

Sekian.... (bunyi gendang besi.. kedegang... kedegung.. gung.. gung.. gunngggg... GEDEGANNNGGG!!!!)

MENTERI DAPUR;
B-Boy aka Mohd Subri



Posted on Monday, August 10, 2009

Sayu...Pilu…

Khamis ini ibuku akan berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah sepanjang Ramadan dan mungkin juga menyambut Aidilfitri di sana. Bersendirian kali ini, tidak lagi bersama ayahandaku.

Pada hari yang sama aku turut gigihkan diri berangkat kembali ke Kuala Lumpur. Kota yang aku cuba hindari tetapi kerap memanggilku datang.

Terasa sayu pula tahun ini kerana tidak dapat berhari Raya bersama kedua parents disamping kerisauan akan keadaan ibuku di sana nanti.

Terasa pilu pula kerana memikirkan tahun ini bakal merayakan berseorangan di perantauan. Ya aku pernah berkata yang aku tidak akan menyambut Aidilfitri tahun ini tetapi pasti melankoli akan menguasai tatkala melangkah ke masjid untuk solat raya.

Rakan-rakan, teman serumah semua pulang ke kampung masing-masing, aku pula yang memang punya kampung bertandang ke kota.

Bukan mereka tidak mempelawaku ikut tetapi aku agak segan.

Bukan aku tidak boleh sertai keluarga adik beradikku yang lain tetapi aku rasa janggal kali ini tanpa ibuku.

Lagipun aku cuba untuk tidak sebak diselubungi aura raya nanti. Memang akan kesunyian tetapi ini pilihanku. Aku akan uji sejauh mana kekentalan jiwaku.

Terfikir juga apa yang aku nak buat nanti bila tiba Hari Raya?

Entahlah…Impromptu.


Posted on Saturday, August 08, 2009

COREY THE BOT

Build Your Own
 

Aku telah menjadi seorang seekor sebuah BOT.

Bukan bot = boat tau. Bot as in Robot.

Jakun Cool bukan?

Anda juga boleh membina Bot versi anda sendiri.

http://areyoubotornot.com/ 

Cubalah. Have fun!


Posted on Thursday, August 06, 2009

Iklan: Lipo-6X & Vortex Portable Mixer

06082009263

Yes!

Barangan yang aku order dari Bodybuilding.com telah tiba. Mari kita lihat apa isi kandungannya..

06082009275

Nutrex LIPO 6X

  • LIPO-6X is the world's most advanced fat burner using a new and superior liquid 24-hour MULTI-PHASE™ technology. This unique MULTI-PHASE™ technology combines rapid liquid capsule delivery with controlled-release inside capsule technology. What this means is that LIPO-6X is the only fat burner that has multiple release phases, both fast and extended lasting a full 24 hours:

Phase #1 Rapid Release Liquid Capsule

  • The outer liquid capsule of LIPO-6X ensures a rapid and almost instant uptake of its appetite-suppressing, fat-burning and energy-promoting ingredients. Within minutes of taking LIPO-6X you will feel it working for you.

Phase #2 Controlled and Extended Release Inside Capsule

  • Unlike standard fat-burning formulas, whose effects come and go quickly, LIPO-6X continues to work for you over an extended period of time. By selectively putting some of the ingredients in the form of pellets into a separate capsule, that sits inside the liquid capsule, the absorption rate can now be controlled. This greatly extends the amount of time these ingredients are active, which means that LIPO-6X continues to work for many hours allowing you to consistently lose weight around the clock.
  • LIPO-6X is the first and only fat burner that offers speed and duration. A quick and rapid onset of its fat-burning effects, combined with a controlled and extended release, will ensure maximum results day and night. No other fat burner gives you the same 24-hour multi-phase benefits as you get with LIPO-6X. Now utilizing all natural vegetable capsules.
  • Lipo- 6X is the first and only fat burner that offers speed and duration. A quick and rapid onset of its powerful fat-burning and energy-promoting effects, combined with a controlled and extended release, will ensure maximum results day and night.

    P.S LIPO-6X is for the serious athlete only who wants to get the ultimate shredded look. Because of its extreme potency, caution is advised.

    06082009265

      The VortexTM

    the most effective and powerful handheld drink mixer known to man.

    The Vortex is powered by a 9000rpm motor that tears through the thickest powders in the supplement industry with ease. Your days of clumpy protein shakes are over.

    ---------------------------------------------------------------------------


    • ~ Lipo 6X tu aku belum cuba lagi. InsyaAllah esok sebelum aku mulakan senaman rutin dan jogging. Aku akan update kembali pengalaman aku esok.
    • ~ Vortex Portable Mixer pula aku gunakan untuk blend campuran protein Herbalife Formula 1 dan Formula 3 bersama air susu soya. Sebelum ini aku gunakan Shaker Cup Herbalife tetapi amat mengecewakan kerana campuran tidak blend dengan padu, berkeladak dan apabila digoncang, sisipan air boleh keluar dari cap. Dengan Portable Mixer semua jadi mudah. Campuran boleh dibuat semasa ia sedang berpusing tanpa tertumpah airnya. Setelah teradun, cuma offkan butang, terus boleh diminum dan kemudian basuh saja tanpa perlu banyak kerja kerana ia beroperasi tanpa wayar.

      Sekian dahulu iklan kali ini, Terima Kasih :)


      Posted on Wednesday, August 05, 2009

      Entry ke 100: HAPPY BIRTHDAY ZE!

      Haha.

      Orang lain dah beratus malah beribu entry aku baru capai entry yang ke 100. Terkadang aku cemburu juga melihat orang lain yang tidak putus dengan ilham.. begitu gigih, bebas dan selesa memaparkan apa jua yang berlaku dalam hidup ke dalam blog mereka. Ke mana-mana dengan kamera yang sentiasa tersedia untuk capture saat-saat indah untuk diabadi dan dikongsi dengan para pembaca.

      Mungkin juga aku seorang yang terlalu berahsia, reserved dan tidak punya apa-apa yang menarik untuk dikongsi bersama setiap masa. Malah jika aku membawa kamera pun aku agak segan untuk merakamkan aktiviti di ruang awam. Kelemahan sendiri.

      Ok intro selesai…

      DSC006551

      Entry yang ke 100 ini aku dedikasikan pada seorang rakan baik blogger yang aku pasti majoriti dari kalian mengenalinya. Puan Heze Suze Hasan. Hari ini, 6 Ogos merupakan harijadi beliau yang ke… hmmmmmm..

      hehe maaf Ze, bro terlupa pula tiba-tiba. Malu.

      Sengalkan?

      Aku lupa secara tepat bila pertama kali mengenali wanita ini. Aku hilang punca masa secara total. Mungkin mindaku telah mentafsir yang aku sudah lama mengenali beliau, maka rentetan perjalanan masa tidak lagi diendah minda Mungkin juga banyak kisah hidup peribadi yang dikongsi lantas membuatkan aku merasakan seolah dia sebahagian dari keluargaku.

      Itulah dia Heze Suze. Walau kami belum pernah bersua muka, tapi kehangatan persahabatan tetap terlecur ku rasakan. Apatah lagi kalian yang telah mengenali beliau di luar. Mesti meriah dan rasa bertuah mengenali insan ini, bukan?

      Di tambah lagi dengan sifatnya yang ikhlas membantu, mudah mesra, selamba dan tidak mudah sensitif. Sikap keterbukaan beliau inilah membuatkan ramai yang senang mempercayainya dan sedia meluahkan apa jua yang terbuku di hati tanpa perlu coverline atau cakap beralas. Beliau terbuka tetapi tetap serius dan rasional dalam menyuarakan pandangan dan pendapat.

      Kalau ingin dipaparkan secara lengkap tentang seorang yang bernama Heze Suze ini rasanya tidak cukup satu entry. Aku kebelakangan ini pula kurang ilham dalam membuat entry bersambung-sambung. Kita serah saja pada yang pakar, Encik Rizz. Pasti dari part 1 hingga ke 10 akan dapat dikongsi bersama. Tambahan pula beliau antara yang intim dengan Heze di luar alam maya ini.

      Akhir kata,

      ALLAH SELAMATKAN KAMU…

      ALLAH SELAMATKAN… HEZE SUZE HASAN

      ALLAH SELAMATKAN KAMU.

      HAPPY BIRTHDAY ZE! YOU ARE ONE IN A MILLION. Keep on being a good friend, sister, daughter, mother and wife…

      P.S blog Heze Suze boleh diterjahi di http://hezesuze.blogspot.com


      Posted on Tuesday, August 04, 2009

      Mangsa Cinta Si Philophobic #2 : Kasih Gadis Cina - Prelude

      Sudah lama aku tidak berbicara tentang kisah lampauku. Terkadang aku terlupa akan janjiku dahulu untuk berkongsi pengalaman dibelenggu cinta dan kasih yang aku jebaki tanpa rela setelah gagal cinta pertama lama dahulu.

      Nah, kini aku akan persembahkan kisah kedua dlm siri “Mangsa Cinta Si Philophobic” yang mana jika ada yang mengikuti, kisah lepas adalah berkenaan “Kasih Gadis Tomboy”.  Jika anda berminat untuk membaca kembali nukilan-nukilan lepas, pautan boleh anda cari di dalam ruang ‘ARKIB BLOG’ March dan April.

      Perlu diingati, walaupun aku menggunakan istilah “Mangsa Cinta”, tidak bermakna aku ini playboy atau kasanova yang sengaja mempermainkan gadis. Bagi istilah peribadi aku, ia lebih menjurus kepada harapan kasih tidak kesampaian seorang gadis yang mengharapkan balasan cintaku tetapi tidak dapat aku penuhi, lantas membuat aku dalam dilema kerana aku tidak lagi punya hati dan perasaan untuk membalas cinta dek penangan trauma cinta pertama yang masih belum kebah.

      Sebenarnya jarak kisah antara Mangsa #1 dan Mangsa #2 ini agak jauh. Ada lagi kisah-kisah yang berlaku di antara tapi aku fokuskan dahulu “Kasih Gadis Cina” ini kerana buat masa ini persahabatan antara kami telah pulih, dan aku mahu luahkan kisah ini secepat mungkin sebelum persahabatan kami kembali goyah. Entah mengapa kami kekadang ibarat anjing dan kucing. Mudah bergaduh online atas kesalahfahaman hal-hal picisan walaupun tidak lagi bersua muka.

      Untuk rekod, gadis cina ini adalah bekas rakan sekerjaku, kisah ini boleh dikatakan antara yang terbaru berlaku dalam hidupku. Baru tahun lepas. Dia telah pun memberi kebenaran untukku meluahkan di blog malah menggalakkan lagi. Sekadar nostalgia mungkin.

      Nantikan nukilan “Mangsa Cinta Si Philophobic #2 : Kasih Gadis Cina” ini menyusul.

      bersambung…


      Posted on Monday, August 03, 2009

      To: Heze Suze Hasan

      Sample is on the way…


      Posted on Thursday, July 30, 2009

      Hiatus lagi

      hiatus

      + merajuk.


      Posted on Monday, July 27, 2009

      Kepulangan

      Jam 12.30pm tadi aku telah selamat menjejakkan kaki ke kampung halamanku. Terasa damai sekali lebih-lebih lagi dapat menatap kembali wajah ibuku yang telah lama dirindui. Segala kerungsingan yang ku alami selama ini tiba-tiba hilang. Aku tidak lagi kisah dengan apa jua kegusaran dalam hidup.

      Ini mungkin satu kelemahan bagi aku kerana ‘misi’ yang aku cuba capai pun hampir goyah dek euforia yang membuatkan aku tidak peduli lagi dengan semua itu. Namun ku terus kuatkan semangat setelah kilasan wajah rakan-rakan blogger yang menjadi saksi tekad dan komitmen aku dulu muncul mengingati diri.

      Ramadan nanti aku mungkin akan kembali ke Kuala Lumpur dan mungkin juga akan menyambut Raya pertama di sana. Rasa kurang manis pula jika hanya tinggal berdua saja dengan adik iparku di sini. Ibuku tiada ketika itu kerana menjalankan umrah di Tanah Suci sepanjang Ramadan. Beliau akan pulang mungkin pada Hari Raya ke dua. Jadi, aku di KL turut sebagai ‘standby’ menanti kepulangannya.

      Inilah kali pertama aku bakal menyambut puasa dan Aidilfitri bersendirian, juga tahun pertama disambut tanpa Ayahandaku yang telah kembali ke Rahmatullah Februari lalu. Keghairahan pun rasanya tidak seperti rutin tahun-tahun lepas.  Mungkin tahun ini aku hanya akan jalani sepertimana hari-hari biasa sahaja. Harap tiada elemen yang datang  menggugat ketahanan emosiku.

      I will survive.

      Insya Allah…


      Posted on Sunday, July 26, 2009

      Yasmin Ahmad pergi jua…

      Innalillahi wainailaihi rajiun…

      yasminprof

      YASMIN AHMAD

      1958 ~ 2009

       

      Al-Fatihah.

       signbw


      Posted on Friday, July 24, 2009

      Merintis jalan pulang…

      Nekad.

      Aku akan kembali ke dakapan damai kampung halamanku hari ini.

      Setelah sekian lama leka bergelumang dengan aral demi aral di kota yang seperti suka menangguhkan kepulanganku.

      Baru tiga minggu tapi terasa begitu lama sekali. Aku sesak, rimas, lemas di sini. Mungkin jiwa yang sering diulit melankoli ini telah longlai dek deraan rakus kota.

      Lemah.

      Aku perlu di-cas semula…


      Posted on Thursday, July 23, 2009

      Yasmin Ahmad passed out BUKAN passed away!

      Beberapa jam yang lepas aku menerima khabar gempar yang pengarah tersohor, Yasmin Ahmad telah meninggal dunia. Terkejut tetapi sabar, tidak terus tergadah untuk mempercayainya dan menganggapnya hanya khabar angin selagi belum menerima sebarang makluman dari sumber yang boleh dipercayai.

      Ternyata berita tersebut hanyalah salah faham. Beliau diberitakan koma selepas jatuh pengsan di Sri Pentas, lalu dikejarkan ke Pusat Pakar Perubatan Damansara. Khabar terbaru yang diterima, kondisi beliau kini semakin stabil.

      Alhamdulillah.

      Marilah kita sama-sama doakan semoga kesihatan beliau kembali pulih dan dikurniakan kekuatan bagi menghadapi dugaan ini.

      Amin.

      Aku kesal dengan pihak tidak sensitif yang awal-awal lagi telah membuat spekulasi tanpa menyelidiki lebih lanjut kesahihan fakta yang diterima.

      Keji!

      Tidak baik mempermainkan ajal sesorang walau sekritikal manapun kondisinya ketika itu. Selagi seseorang itu masih bernafas, mereka punya hak berjuang untuk terus hidup…