Posted on Wednesday, July 22, 2009

Hidup tiada makna tanpa persahabatan?

Apabila membuka ruangan komen bagi entry “Penghargaan Chekdenoor” di bawah aku tertarik dengan satu komen dari bekas rakan sekerjaku, Effa

 

okey just now u said "Hidup memang tiada makna tanpa persabahabatan"...ok bkn nak agree atau disagree...but sumtimes kwn yg kita hope sngt2 jadi sahabat, end up tikam kita dari belakang!!or pijak kepala or wat so ever...smpaikan da xtrust langsung semua org dlm hidup kita...and what its all about?!!!boley x klu kita just being lonely cause xder org nak disturb dan kita rase besh macam tu?!!...

~ effafinette

 

Maaf Effa kerana quote komen kau. Ilham aku tiba-tiba terpicu untuk mengupas topik “Hidup tiada makna tanpa persahabatan”.

Walau sebesar mana pun trauma yang dialami akibati tersilap dalam memilih kawan, kita tidak seharusnya menghukum dan memutuskan perhubungan dengan kawan-kawan lain. Sestabil mana pun hidup kita, pasti satu hari kita akan menempuh saat sukar yang tidak mampu ditatang.

Aku akui yang kekadang aku turut suka menyendiri dan tidak begitu gemar menyusah atau mengharap bantuan rakan. Mungkin disebabkan aku gemar suasana damai dan sunyi tetapi rangkaian sosial dan jalinan persahabatan tetap aku perlukan.

Mengapa hidup tiada makna tanpa persahabatan?

Bagiku, persahabatan dapat memberi realisasi yang aku sedang hidup. Bahaya jika terus menyisihkan diri, terasa seolah mati kerana tiadanya interaksi dengan makhluk berakal yang lain. Sahabat bak satu medium umtuk aku menyalurkan keluar segala rasa dan emosi yang berkelodak di dalam diri. Kita seolah berperang dengan diri sendiri apabila memendam rasa, Oleh itu jika tiada pihak berkecuali yakni orang kedua yang dapat menjadi pendamai sudah pasti depresi akan menguasai, lama-kelamaan putuslah fius kewarasan diri. Bukan hanya jadi anti sosial malah psikotik.

Mungkin ada yang akan berkata hidup mereka sentiasa stabil dan ceria tetapi apa makna semua kebahagian yang dikecapi jika hanya terpendam hidup tanpa insan lain untuk acknowledge kebahagiaan tersebut? Semurni mana seseorang pasti punya sedikit ego untuk menagih admirasi dari insan lain. Rasa ceria tersebut kemungkinan bertukar depresi jua akhirnya dek rasa terkilan tiada siapa yang tahu dan endah.

Kita cuma perlu arif dalam menapis siapa yang betul-betul ikhlas dan layak digelar sahabat. Tidak dinafikan ramai manusia yang hebat memainkan watak sehingga kita yakin dialah sahabat sejati, malah sehingga dianggap saudara sendiri.

Aku faham dan pernah rasa betapa sakitnya hati apabila dikhianati orang yang kita percayai. Namun konsep “nila setitik rosak susu sebelanga” dalam konteks persabahatan tidak harus diamalkan. Jangan pamerkan diri seolah lemah dan mudah mengalah. Jangan puaskan hati golongan sahabat palsu ini. Tunjukkan pada mereka yang kita cekal, tidak mudah tergadah, mampu teruskan hidup dan punya sahabat lain yang lebih baik dari mereka. Jika kita lari menyendiri, bertambah bangga dan lagi sinislah mereka, puas hati melihat kesengsaraan kita.

Perlu diingat, ada golongan ini yang punya prinsip “ jika aku bukan kawan kau, orang lain pun tak boleh jadi kawan kau”, jika kita buang semua orang dari hidup kita, makin senanglah kerja mereka. Jika kita teruskan hidup seperti biasa, mungkin akan ada cabaran dari mereka seperti hasutan dan segala macam cubaan untuk menjatuhkan pada mata orang lain tetapi hadapi semua ini dengan senyuman tabah.

Hikmahnya, kita akan kenali mana satu kawan tempelan yang mudah terpengaruh dan mana satu kawan setia yang tidak mudah terpedaya, malah berdiri mempertahankan nama kita.

Konklusi untuk Effa,

Adakala nasib kita kurang baik sentiasa saja bertemu kawan yang sering membuat onar pada kita, tetapi janganlah stereotaipkan semua. Tidak adil. Secara tak langsung aku pun turut terasa kerana terlabel sekali dalam golongan  “semua orang dalam hidup” yang kau nyatakan tu.

Tidak semua bersifat begitu, kalau diri dipencilkan, maka makin kecil lah kebarangkalian peluang untuk bertemu kenalan baru yang InsyaAllah bakal menjadi sahabat sebenar yang diimpikan.

Memang ‘besh’ bersendiri bagi mengelak risiko hidup dikacau tapi sampai bila? Hidup sebagai manusia ini sangat rapuh. Semua boleh berlaku tanpa dijangka. Ngeri jika difikirkan.

Tapi apa-apa pun kita punya hak atas diri sendiri. Jika keputusan kau ingin bersendiri ini  terbaik bagi diri kau…by all means… but remember, lonely may lead to melancholy…

Aku bukan lagak pandai sebab aku pun ada konflik dan trauma yang masih parah tapi sebagai seorang yang pernah kagumi kau, aku rasa terpanggil untuk cetuskan rasa aku. Mungkin juga disebabkan aku takut kau tarik dari aku satu gelaran mahal yang bernama… “SAHABAT”.


9 Responses to Hidup tiada makna tanpa persahabatan?

  1. shandye.
    July 22, 2009 at 7:52 PM
    sbb tu la ada pepatah melayu cakap:

    "berkawan biar 1000, musuh jgn sekali..."
  2. Corey
    July 22, 2009 at 11:45 PM
    shandye:
    benar, cari kawan seramai mungkin so byk choice utk tafsir mana yg bebetul layak digelar sahabat. jgn musuhi kesemuanya disebabkan segelintir.
  3. Pojiepooh Abdullah
    July 23, 2009 at 9:58 AM
    stuju ngan kata² Abg Corey..
    walau spahit mana pun sesebuah psahabatan itu, jgn kita sesali n meratapi..
    ia sbhagian dari proses kehidupan sesama manusia..
    biarpun manis atau pahit, ia memberikan seribu macam rasa dan warna..
    memberikan pengalaman yg bharga..
    tserah utk kita menilai erti psahabatan itu..
    yg pasti, jika ikhlas bsahabat krn Allah, kelak bkekalan hingga kiamat..
  4. zamdotcom
    July 23, 2009 at 10:00 AM
    kata orang, kalau tanya kawan tentang keburukan kita sudah pasti cerita kebaikan darinya, namun jika kita tanya musuh apa keburukan kita mereka takkan tipu dengan apa yang dicakapkan ^^


    p/s: betul tu..
  5. farish izaryl @izreez
    July 23, 2009 at 12:02 PM
    yabetoll sgt2..xbmkna hidop ni klau xde kwan kann
  6. Hezesuze
    July 23, 2009 at 12:29 PM
    betulllll 10 markah! kikiki

    mmgler xbermkna idop tanpa kwn uols...nnti jd cam org giler plak bila dok sorang kan kan...

    so the best carikler kawan wlpon smpai ke negeri china...kikiki cam len jek bunyi nye...haha

    yg penting dlm hubungan tu kita ikhlas uols...kalo kita ikhlas nescaya relationship tu akan bpanjangan till death tau...

    p/s bila la misi bro ni nk selesai...kikikiki
  7. chekdenoor
    July 23, 2009 at 2:42 PM
    Salam,
    kalau nak kena tikam dari belakang ....hmmmm....chekdee pernah kena dulu sewaktu maseh bergelar guru sekolah ..... bila kita rajin....ada saja yang cemburu .....tikam belakang boleh jer dilakukan oleh sahabat mahupun bukan sahabat .....so ...sekali kena...bagus juga ....kita belajar untuk sentiasa berhati-hati dan berpada-pada dalam mempercayai ...... tapi ini tidak bermakna ...kita harus hidup bersendirian sepanjang masa ..... kita boleh ada sahabat ....ada lebih ramai teman-teman ....hidup meriah...asalkan semuanyer mesti ada had dan batasan serta berpada-pada.

    Chekdee happy jer dengan semua teman-teman baru dan lama disini ....senang berkongsi cerita .....
  8. attyfir
    July 23, 2009 at 2:55 PM
    bro corey ,

    kty setuju..sekali pun kita trauma..untuk menjalinkan persahabatan.takut ke apa ke..jgn sesekali kita hukum org lain..yg ingin bersahabt ngn kita..cuma kita kena waspada senantiasa..siapa orang yg kita kawab..lagipun.menjalinkan persahabatan mengeratkan silaturahhim..yg sememangnya dituntut..
  9. Corey
    July 24, 2009 at 12:46 AM
    Thanks semua atas pandangan,
    so konklusinya walau seaman mana pun bersediri, hidup bersahabat tetap perlu kerana langit tidak selalu cerah..perlu juga payung utk melindungi dari basah hujan yg bakal melanda. sekuat mana pun seorang manusia, tetap seorang manusia, pasti lama2 pasti lemah juga.