Posted on Sunday, May 10, 2009

Ulasan Konsert AF7, Minggu ke 9

konsertlogoJangkaan aku sangat tinggi minggu ini. Aku mengharapkan sebuah persembahan yang lebih meletup dari setiap pelajar berbanding minggu-minggu sebelumnya kerana aura pra juara seharusnya perlu ditonjolkan oleh setiap dari mereka tetapi hanya 2 pelajar bagi aku benar-benar menunjukkan kesungguhan dan peningkatan pada malam tadi. Berikut adalah ulasan aku mengikut rasa dan interpretasi aku sebagai penonton di rumah.

LAGENDA – Akim, Hafiz, Isma, Yazid

  • Aku tak faham, dalam banyak-banyak lagu yang telah dicipta untuk seorang ibu, lagu ini juga dipilih sebagai lagu tema sempena menyambut Hari Ibu versi AF7. Tak perlu aku senaraikan setiap lagu bertema ibu. Aku rasa kalian semua mesti tahu dan punya lagu kegemaran bukan? Sudahlah terpaksa ditukar lirik. Sesuatu yang tak perlu dilakukan jika hanya memilih lagu khas dedikasi untuk Ibu. Pendek kata lagu ini tidak langsung memberi kesan kepada aku. Yang cuma buat aku tersentuh adalah mimik tangisan dari Akim, itu saja.

isma1 ISMA – Aku Pasti Datang & Hot and Cold

  • Pada pusingan pertama, seperti biasa Isma berjaya membosankan aku. Tiada rasa, tiada apa-apa faktor yang bikin aku teruja. Malah aku merasakan persembahan ini sangat panjang sampaikan tak sabar menanti ia berakhir.
  • Dia hampir menebus kembali kekecewaan persembahan pusingan pertama tadi tetapi faktor-faktor tambahan mengganggunya seperti kasut tumit tinggi itu. Hampir-hampir tergelincir. Nasib baik. Elemen yang boleh dibanggakan cuma koreografi persembahan lagu ini. Dari segi vokal tiada apa yang menarik mungkin Isma tidak mampu multitask diantara mengingati langkah tari dan mengimbangi badan dengan kasut itu. Sebutan Bahasa Inggeris juga tidak jelas dan lemah.
  • Nota: Walaupun tidak meminati Isma tetapi aku simpati kerana merasakan seolah Isma diperdajalkan minggu ini kerana para pelajar lain mendapat lagu-lagu forte mereka dan mesra telinga tetapi Isma diberi lagu-lagu yang dia tidak familiar bersama koreografi mencabar.


yazid 1 YAZID – Where The Street Have No Name & Aku Skandal

  • Seperti biasa sebutan Bahasa Inggeris yang tidak jelas dan lemah.Aku rasa dari awal persembahan itu amatlah tidak perlu melainkan untuk show off semata. Tiada tujuan kerana sejurus jejak ke bawah dia kembali naik ke pentas. Aku sangkakan dia ingin membuat intro di bawah . Terlalu banyak pergerakan sehingga aku tidak dapat hayati nikmat lagu tersebut.
  • Untuk persembahan kedua, tidak dinafikan Yazid mempunyai vokal yang bagus tetapi ekspresi wajahnya terlalu bersahaja dan selamba. Bukan bersahaja yang berkarektor tetapi bersahaja kosong. Tiada rasa.
  • Nota: Aku tertanya-tanya apakah Yazid mampu membawakan lagu Inggeris jika bukan dari pilihan lagu-lagu kegemarannya?


akim1 AKIM – I’m Yours & Larut

  • Selain Hafiz, Akim adalah antara pelajar AF7 yang bagus sebutan nyanyian Bahasa Inggerisnya walaupun tidak begitu fasih. Kelebihan bagi lagu I’m Yours adalah ini lagu kegemarannya dan selalu dinyanyikan di setiap pertandingan nyanyian yang disertainya sebelum ini. Dari segi vokal, agak lemah lontanrannya minggu ini disebabkan terlalu banyak berlatih barangkali. Agak terjejas suaranya lebih-lebih agi di note tinggi. Penguasaan pentas yang bagus. Imej seorang penghibur jelas kelihatan bersama gitarnya. Sebuah persembahan yang amat membanggakan dan saya setuju malam ini merupakan yang terbaik dari Akim.
  • Aku terlupa terus yang lagu Larut ini adalah lagu dari Dewa19. Mungkin kerana aku tidak familiar dengan lagu ini tetapi mungkin juga kerana Akim begitu menyakinkan di pentas seolah lagu ini dia yang punya. Aksinya seolah sedang make love dengan Mic stand itu sangat sensual hinggakan hilang konsentrasi seketika untuk menghayati lagu ini.
  • Nota: Nampaknya makin kerap pula pelajar beraksi turun pentas . Terasa klise pula. Aku demand sesuatu yang baru. Selain itu aku rasa Akim seorang yang pandai berstrategi. Dia berjaya mencuri peluang dan memancing perhatian bekas pengundi-pengundi Aishah.

hafiz1 HAFIZ – Laskar Pelangi & I Believe I Can Fly

  • Laskar Pelangi aku rasakan sebuah lagu picisan bagi Hafiz. Dia terlalu besar untuk lagu ini. Terima kasih kepada kanak-kanak yang membantu menceriakan pentas. Tanpa mereka mungkin persembahan menjadi membosankan. Tiada komen berkenaan lontaran vokal. Sememangnya Hafiz punya tona suara yang lazat.
  • SAVE THE BEST FOR LAST! Aku bangga dengan Hafiz kerana berjaya tafsirkan lagu ini dengan gaya dan cara tersendiri. Ketika melihat sesi latihan dalam diari aku agak risau kerana dia banyak mengikut adlib R.Kelly tetapi ternyata dia menunjukkan sesuatu yang baru pada konsert malam ini. Lagu ini kembali menjadi segar. Di nota tinggi vokalnya juga transform seiring dengan ekspresi rasanya sehinggakan aku lupa seketika adakah ini Hafiz. Meremang bulu roma. Walaupun ada ketika suara terkucil tetapi boleh dimaafkan. Terima kasih juga atas bantuan teknikal. Pencahayaan yang membangkitkan mood.
  • Nota: Hafiz sesuai dengan lagu-lagu inspirasi dan uplifting yang bernada tinggi. Kekuatan vokalnya saja sudah mampu mempesonakan penonton tanpa aksi-aksi gimik tambahan terjun pentas, main kerusi mahupun mop lantai.

MENUJU PUNCAK

  • Aku takjub dengan persembahan Menuju Puncak minggu ini. Mungkin juga kerana tinggal 4 orang lagi koreografi dan aksinya lebih jelas dan terang. Ending yang Superb! Aku rasa koreografi AF7 adalah yang terbaik sepanjang sejarah AF. Iringan vokal pun rasanya kebih kemas dan padu. Kekalkan cikgu Aris tahun depan!

AFMASUK

  • Tahniah Aril. Walaupun aku tidak setuju dengan konsep dan ketidakadilan AFMASUK, tapi apa boleh buat sudah ini keputusan mereka. Good Luck sajalah kepada peserta shortcut ke final ini. Nasib baik tiada penyingkiran. KALAU TIDAK...
  • Nota: Disebabkan tiada penyingkiran pada minggu ke 9 ini, adakah undian buat 4 pelajar tersebut akan dibawa ke minggu akhir? Memang keji kalau undian direset semula, satu penganiayaan buat pengundi tegar.


*Kedudukan pelajar sebelum undian ditutup:

YAZID – 32%
HAFIZ – 28%
ISMA - 25%
AKIM – 16%

*Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:

HAFIZ – 34%
ISMA** AKIM - 25%
YAZID – 22%
AKIM** ISMA – 18%

**edited 11am: pembetulan ralat selepas rujukan semula.

*Kedudukan pelajar undian AFMASUK setelah undian ditutup:

ARIL - 52.45%
AISHAH - 26.6%
ZIZI - 6.87%
SIDI - 5.84%
CLAUDIA - 4.59%
QHAUD - 1.71%
RINI - 0.86%
RUBISA - 0.48%
OBRI - 0.34%
ADILA - 0.26%

*Sumber: http://www.astro.com.my/AkademiFantasia

Kredit foto: ASTRO, http://mstar.com.my, http://www.klubbkidd.com


25 Responses to Ulasan Konsert AF7, Minggu ke 9

  1. shandye.
    May 10, 2009 at 3:12 AM
    aku tidak lagi menggemari af kali ini. pesertanya lame. tenaga pengajarnya kelihatan lesu. pengacaranya syok sendiri. pentasnya, ah.... macam pentas skolah aku saja.

    dan, ya.... aku tidak suka aril itu. dia tidak reti menyanyi hakikatnya. harapkan muka ala pelakon korea sahaja.
  2. Corey
    May 10, 2009 at 3:28 AM
    shandye: aku sangkal. aku paling menggemari af kali ini. lebih berbakat berbanding musim2 lalu. cuma produksi termasuk guru2 dan pentas saja lame.

    ya aril itu kalau kekal sbg asal peserta yg hak mmg aku tiada sangkalan.
  3. Qarl
    May 10, 2009 at 8:00 AM
    hehehe

    every people ada deir own opinions

    Karl rs dis year maybe ARIL akan menang!

    go ARIL!!!
  4. Anonymous
    May 10, 2009 at 8:16 AM
    mmg dpt jangka aril yg masuk.
    sbb ms dia kuar pn da rs cm x caya.

    konsert mlm td antara konsert terbaik musim ni.

    tp
    np peratusan akim di bawah yazid??
    ini mmg la tak puas ati.
    dari segi suara dan persembahan,
    i suke akim dari yazid.

    tp
    hafiz tetap CHAMPION!!
    ghee~
  5. Corey
    May 10, 2009 at 8:39 AM
    Karl:
    setiap orang berhak punya pilihan dan harapan masing2. Kita tunggu dan lihat saja nanti milik siapa rezeki tahun ni :D
  6. Corey
    May 10, 2009 at 8:42 AM
    Lili:

    Ya..mmg rasa lain mcm masa Aril tersingkir. mcm dah boleh agak motif.

    Peratusan akim bwh yazid? mungkin pd konsert yg lepas je. konsert final nnt mungkin gelombang bekas pengundi Aishah akan membantu Akim.
  7. Feeza Mior @ Eteqcute
    May 10, 2009 at 10:56 AM
    ulasan yg bagus en.corey..
    feez x dpt tngok mlm td coz ade dinner company..tp dr penilaian pembacaan dr tulisan en.corey, feez dh dpt agak dh concert camne..
    tp kna gak tngok akim perfom..
    hehe..lupe lak nk undi die mlm td..
    sib bek xde penyinkiran..
  8. Corey
    May 10, 2009 at 11:30 AM
    Feez: Thanks! :)
    takpe boleh tengok semula ulangan tapi kuranglah thrill berbanding bila tengok secara langsung.

    ada pembetulan pd bhg peratusan selepas undian ditutup. sebenarnya AKIM di tempat ke 2 slepas HAFIZ. jadi AKIM tak mungkin terkeluar jika ada penyingkiran mlm tadi :)
  9. arifrusli
    May 10, 2009 at 2:04 PM
    ergh. tak best dah af ni. ke laut dah. haha. lagu lagenda tu sebab lagu bini si acis kan xD .. anyway, aril masuk. ayoh! nono.
  10. chekdenoor
    May 10, 2009 at 2:41 PM
    Hati chekdee kembali berbunga...hehehehehh.....

    Sebenarnya...chekdee happy dengan % akhir malam tadi..... Hafiz , akim tinggi.......

    Chekdee tak berapa suka (sgt tak suka actually..heheheh...jgn marah kepada yg tak setuju ya...).... yazid dan isma.....

    Keputusan Final yang paling ideal bagi chekdee ialah;
    Juara- Hafiz
    NaibJuara-Aril
    Ketiga-Akim

    Harap sgt yazid dan isma tak menang......
  11. Corey
    May 10, 2009 at 3:00 PM
    Chekdenoor:
    bergembiralah! :)
    dapat juga Aril menebus kembali keceriaan untuk Chekde selepas seminggu nampak chekde seolah terundum.
    Cuma harapan saya semoga dia tidak melepasi garisan juara kerana mahu AF kali ni tidak tercalar dgn tohmahan,spekulasi dan kontroversi. Sudah 3 bulan. Seksa jiwa raga sy melayan AF hehe..Wanna get this over with peacefully :)
  12. chekdenoor
    May 10, 2009 at 5:21 PM
    hehehe....risau corey ya.....

    Walaupun chekdee suka aril... tapi chekdee pun akui... HAFIZ yang terbaik dan paling layak dapat juara.

    Corey undi banyak-banyak tau.... hmm...chekdee rasanya tak mengundi kot....hehehe...sebab chekdee bukan nak aril menang....chekdee cuma nak aril ada kat final...tu jer ...suka tengok dia buat persembahan jer......
  13. Fatin Baharum
    May 10, 2009 at 11:18 PM
    isma xde apa yang special.
    xtau nape still ada dlm af sampai skrg.
    nway, hafiz sgt2 best.
    mmg siyes, suka dgn cara dia bwk lagu r.kelly..

    : tq drop @ my blog. keep in touch. :)
  14. Corey
    May 10, 2009 at 11:44 PM
    This comment has been removed by the author.
  15. Corey
    May 10, 2009 at 11:45 PM
    fatin: hujung2 ni tengok Isma pun makin mencabar gak.
    Vote byk2 for Hafiz k. kritikal ni sbb yg lain2 pun makin mengorak langkah.

    thanks for visiting ya. i'll drop by after this :)
  16. watie wyyn
    May 11, 2009 at 4:11 AM
    tak tgk pun lagi...

    yeke akim best mlm tu??suke2 sbb weols suka akim...(tp takler smpai mengundi)

    mmg tak sokong dan menyampah dgn afmasuk...
    da agak si aril ni yg dpt masuk blk dan bleh jangka plg busuk mesti dia dpt top 3 final!ceh!
  17. Corey
    May 11, 2009 at 8:24 AM
    mummyaeesh:
    akim boleh dikatakan best la. tp terlalu santai maybe forte dia. but better than rendition dia sebelum ni.
    i klu bleh tanak vote2 ni tp ntah hantu AF mana tahun ni merasuk lak smpai gigih buang duit mengevote.

    mmg afmasuk tu buat spoiled musim ni.sakit ati gak tp apa leh buat dah diorang nak "making their life richer".
  18. Corey
    May 11, 2009 at 8:25 AM
    Arif:
    aah. kan? baru i terfikir. patutlah gigih nak guna lagu tu gak. tapi klu lagu bini acis pun.. komposer asal lagu tu ex laki sheila, roslan aziz.
    ooo maybe gak acis nak show off yg dia can do new arrangement better than him kot hehe
  19. farish izaryl @izreez
    May 11, 2009 at 8:29 AM
    wahh akim 25% bjya cntas tu! bestt nya!!
  20. Corey
    May 11, 2009 at 9:05 AM
    rizz: yea.. tak sangka jauh tu pintas Isma..
  21. attyfir
    May 11, 2009 at 12:02 PM
    tu ler tak suka AF MASUK..tp nak buek camno kan..

    salam perkenalan..dr kty..exchange link nak?
  22. Blog Eazy Izzuddin
    May 11, 2009 at 1:10 PM
    gempak!
    besh2
    xD
  23. Corey
    May 11, 2009 at 1:23 PM
    atty's: salam perkenalan!.. wokey set. jom exchange! :)


    Eazy: yea! gempak to da max! :D
  24. Suziey Ahmad
    May 11, 2009 at 4:50 PM
    since minggu pertama xpnh tgk konsert nih..ekekeek:D tp ckp kemain lagi aku nih...hahahaha:p
  25. Corey
    May 11, 2009 at 4:55 PM
    suziey: alhamdulillah.. terselamat suziey dari seksa jiwa raga klu gigih ikuti mcm i hehe