Posted on Monday, March 16, 2009

Trauma Cinta Pertama – Part 1

Cinta pertama sememangnya satu pengalaman yang tidak mudah dilupakan oleh majoriti dari kita. Rasanya ramai yang mengenang cinta pertama sebagai salah satu episod indah dalam hidup mereka.

Tidak bagi aku.

Cinta pertama bagi aku satu pengalaman yang telah merubah hidupku selamanya. Aku menjadi philophobia akibat dari cinta pertama ini. Traumanya masih dirasai sehingga kini. Aku memang secara hakiki seorang yang suka mengambil berat dan intim pada semua orang. Ramai yang menyalahertikan kemesraan yang aku tunjukkan seolah memberi hint yang aku meminati mereka.

Kekadang aku terpaksa back off dari hidup seseorang jika dia mula menunjukkan minat ingin menjadikanku lebih dari seorang kawan. Tetapi aku akan cuba dahulu berdiplomasi dengan cara berbincang dari hati ke hati dengannya supaya dia memahamiku.

Jika dia masih tidak dapat menerima hakikat aku terpaksa mengambil langkah drastik cuba membuatnya melupakanku atau paling ekstrim membenciku. Dengan cara ini aku telah menyelamatkannya dari menjadi mangsa cinta yang tidak pasti dia dapat kecapi dariku. Ramai lagi lelaki lain yang aku kira mampu membahagiakannya dengan cinta sejati.

Bukan aku menolak jodoh tetapi aku masih belum bersedia dan masih gentar untuk memulakan level baru dalam hidup yakni alam perkahwinan. Aku risau jika aku tidak ikhlas dalam perhubungan tersebut dengan menerima cinta atas dasar menjaga hati orang lain. Aku tidak mahu satu hari aku dipersalahkan jika cinta itu hancur di tengah jalan. Dari menyeksa hati, perasaan dan harapan orang lain lebih baik aku sendiri...

Berbalik pada cinta pertama tadi..aku akan ceritakan bagaimana semuanya bermula..
Nantikan Part 2 coretan tentang trauma cinta pertama yang telah menjadikanku seorang manusia yang gentar pada cinta.

To be continued...


15 Responses to Trauma Cinta Pertama – Part 1

  1. farish izaryl @izreez
    March 16, 2009 at 11:09 PM
    sshnye persoalan cinta ni kan
  2. b0b0y
    March 17, 2009 at 1:05 AM
    susah.. susah.. susahh.. hmm nak tunggu 2nd entry.. let's d love begin.. cinta xleh dipakse.. dan perkahwinan bukan satu paksaan..
  3. Suziey Ahmad
    March 17, 2009 at 3:30 AM
    relax corey..for me n tru my experience..after my 1st love broken heart (dikecewakan, yek..bkn mengecewakan..dpt org curang! )its totally change my life towards better..bcoz..i always motivate myself to prove to tht guy tht i can live happily ever after (cewah..cam dlm cinderella plak..ekekek:D) even tho without him around..n now i proved it n i totally doesnt need him at all! take it as positive corey...be strong..ha nnti story how does it happen ek..hehehe:D
  4. Corey
    March 17, 2009 at 6:48 AM
    rizz, b-boy: yea.. cinta mmg sgt menysshkn bagi aku.satu pengalaman yg hanya manis pada permulaanya sj.

    suziey: i also brjaya motivate myself..get on with my life and forget her tp still x dpt recover myself from fearing love. dah bertahun try tp x berhasil.
  5. hanis
    March 17, 2009 at 10:00 AM
    sering kali terjadi keatas diri menerima cinta atas dasar menjaga hati orang lain. kesudahan kecundang.
  6. Corey
    March 17, 2009 at 11:00 AM
    hanis: yea. cinta kedua ku kecundang disebabkan menerima atas dasar menjaga hati padahal dlm hati tiada cinta.
  7. Hezesuze
    March 17, 2009 at 1:41 PM
    btul3 cinta pertama mmg sukar dilupakan...tp jodoh xde

    masing2 kawin ngan pasangan len...hehehe pepun weols keep it touch til now..bleh...
  8. tqa
    March 17, 2009 at 2:18 PM
    just go with the flow...
    jodowh semua d tgn Tuhan..
    :)
  9. Madkin's Babyy
    March 18, 2009 at 12:38 PM
    can't wait fr ur nxt post .

    nak tau nihh kisah cinta pertama bro ;DD
  10. Saila Yeroc
    March 18, 2009 at 2:35 PM
    part 2 nnt yer fizikal dan mental agak occupied dlm 2-3 hari ni. exhausted :(
  11. Anis Hayati
    March 18, 2009 at 10:52 PM
    Salam..
    xde pengalaman lgsg dlm cinta pertama ni..
    so, xleh nak komen apa2
    tp slalu dgr mslh kwn2 tntg cinta pertama mereka
  12. Corey
    March 19, 2009 at 6:25 AM
    Anis:wslm. klu blum brpenglmn bagusla..heart still free and pure.klu bleh elakkan dulu.capai dulu impian hidup dan bila dah stabil baru fikir.slalunye love ni yg buat corrupt jiwa muda.
  13. Anis Hayati
    March 19, 2009 at 10:30 AM
    Salam..
    mmg pun
    kalau boleh mmg x nak lgsg terlibat dgn cinta2 ni pada usia skrg ni
    ssh hidup nnti, yelah tgk kwn2 semua
    mcm2 kerenah & ragam bila bercinta
    apa pun TQ utk nasihat
  14. Blog Eazy Izzuddin
    March 19, 2009 at 4:46 PM
    huhu..
    persoalan chenta...
    huk3...
    cinta pertama ku...
    entah..
    huhu
    xD
  15. Corey
    March 20, 2009 at 8:03 PM
    Anis: np. wise decision :)

    Eazy: Cerita je.. nak tau gak..:P